Bayi positif dadah, ibu ditahan

Bayi positif dadah, ibu ditahan

Taiping: Polis menahan seorang wanita selepas bayi perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, penahanan itu dilakukan selepas mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.



“Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana ingin membeli barang.

“Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razman berkata, susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang juga suri rumah dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.



Difahamkan bayi berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital. HM

Bayi positif dadah, ibu ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker