Sekutu Jho Low, Jasmine Loo ditahan
Sekutu Jho Low, Jasmine Loo ditahan
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ditahan polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan.
Jasmine dikatakan antara sekutu rapat Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata individu terbabit direman pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.
“Suspek ditahan di Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu sebelum direman keesokannya. Polis mempunyai beberapa perkara yang perlu disiasat.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
“Peguam wanita itu memaklumkan suspek sedia beri kerjasama untuk bantu Polis Diraja Malaysia dan kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.
Saifuddin berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes dan menyerahkan kepada polis bagi siasatan lanjut.
“Biar polis jalankan tugas dahulu, saya tidak mahu komen. Kes ini (1MDB) memang belum selesai, apapun tindakan lanjut biar ikut lunas undang-undang,” katanya.
Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu pengarah eksekutif Casey Tang dan Jasmine berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.
Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Jasmine, Casey, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari lalu membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kenderaan dan wang tunai RM22,600 milik Jasmine.
Kedua-dua kenderaan itu masing-masing jenis Audi dan Volkswagen New Beetle disita pada 27 Januari 2021 manakala wang dalam akaun semasa Maybank Islamic miliknya disita pada 2 Februari 2021. BH
Sekutu Jho Low, Jasmine Loo ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Broker hartanah mati dikerat, mayat disumbat dalam peti sejuk
- Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi
- SPRM buru Justin Lim
- Bekas isteri pelawak buka tudung selepas bercerai
- Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)
- Afdlin Shauki sudah berkahwin?
- Bapa durjana rogol 2 anak, seorang hamil
- Suami paksa isteri pakai macam ‘Pornstar’ akibat ketagih pornografi
- Jihan, Elly bermasam muka?
- Zafrul bidas Mahathir, ‘Saya menteri bukan SUA Mahathir’
- Sanusi buka rahsia PAS Kedah dengan Mukhriz
- Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
- Chegubard gesa siasat rumah Anwar didakwa milik ‘tauke misteri’
- Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.