Pembantu jurulatih silat mengaku salah rogol, amang seksual dalam tandas sekolah

Pembantu jurulatih silat mengaku salah rogol, amang seksual dalam tandas sekolah

MUAR: Seorang pembantu jurulatih silat mengaku salah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual serta merogol kenalan bawah umur dalam tandas sebuah sekolah menengah di Bukit Naning, dekat sini, Mei dan Jun lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun itu membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kenalan berusia 16 tahun dalam tandas perempuan sebuah sekolah di Bukit Naning, pada jam 1.30 petang, 2 Jun lalu.

Pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada jam 2 petang, 12 Mei dan 1.30 petang, 2 Jun lalu dengan kedua-dua kejadian ini berlaku di tempat sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Bagi kes amang seksual fizikal, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Dia boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Safiah A Aziz.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos untuk laporan sosial dan sebutan semula kes. BH

Pembantu jurulatih silat mengaku salah rogol, amang seksual dalam tandas sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker