Ahli UMNO pro Najib dakwa mahu sokong PN dalam PRN
Penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bakal mengalih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi jika keadilan untuk bekas Perdana Menteri itu tidak ditegakkan.
Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, pihaknya kecewa keadilan untuk Najib yang dimohon kepada Kerajaan Madani sehingga sekarang tidak dipedulikan.
Beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan mendakwa, beliau dan beberapa ahli UMNO lain sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden dan ketua-ketua bahagian kerana tidak ‘berdiri’ untuk menegakkan keadilan kepada Najib.
“Saya memberi semboyan seluruh penyokong ‘bossku’, akan sokong PN pada PRN akan datang.
“Ketua-ketua bahagian UMNO sepatutnya perlu berdiri tegak, tetapi kamu tak buat. Kami hilang kepercayaan, ulasan tentang anak Najib yang beritahu perlu menyokong Kerajaan Perpaduan tidak tepat sama sekali.
“Tidak pernah Najib beritahu kita perlu sokong Kerajaan Perpaduan jika keadilan tidak ditegakkan. Ini jelas jika keadilan tidak ditegakkan, kita sokong PN,” katanya dalam rakaman video melalui TikTok.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang juga anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin memberitahu, sokongan umum dan akar umbi terhadap bapanya adalah besar dan mungkin melebihi sokongan kepada parti UMNO sendiri.
Dalam situasi itu, beliau menjangkakan, ada sebilangan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang tidak keluar mengundi ataupun memberikan undi kepada pihak lawan pada PRN.
Katanya, ia sekali gus mempunyai kesan yang mungkin signifikan dari segi sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Broker hartanah mati dikerat, mayat disumbat dalam peti sejuk
- Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi
- SPRM buru Justin Lim
- Bekas isteri pelawak buka tudung selepas bercerai
- Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)
- Afdlin Shauki sudah berkahwin?
- Bapa durjana rogol 2 anak, seorang hamil
- Suami paksa isteri pakai macam ‘Pornstar’ akibat ketagih pornografi
- Jihan, Elly bermasam muka?
- Zafrul bidas Mahathir, ‘Saya menteri bukan SUA Mahathir’
- Sanusi buka rahsia PAS Kedah dengan Mukhriz
- Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
- Chegubard gesa siasat rumah Anwar didakwa milik ‘tauke misteri’
- Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki
You must be logged in to post a comment.