Betulkan fikrah pemikiran jihad ahli Pas – Khairuddin

Betulkan fikrah pemikiran jihad ahli Pas – Khairuddin

Golongan ulama dalam Pas perlu memperbetulkan fikrah pemikiran ahli-ahli parti itu yang menganggap pertembungan dengan UMNO adalah satu jihad.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jihad permusuhan yang menjadi fikrah mereka selama ini perlu ditukar kepada jihad persaingan untuk berlumba melakukan kebaikan.

Menurut beliau, persaingan antara Pas dan UMNO bukan permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam atau antara orang Islam dan orang fasik.

“Sebaliknya, ia adalah perlumbaan mendapat kuasa oleh sesama Islam yang inginkan syurga dan takutkan neraka dengan berlumba siapakah yang lebih baik polisi ijtihadnya dalam kerangka semua parti Islam Melayu meletakkan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, selagi pemikiran jihad permusuhan terus ditanam dalam kalangan ahli Pas, permusuhan yang mencarik persaudaraan akan terus berlangsung.

“Perpaduan sesama Islam yang diwajibkan oleh Islam tidak akan berlaku,” jelasnya.

Mohd Khairuddin menambah, umat Islam daripada mana-mana parti sekali pun wajib walak dan setia kepada khalifah yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu, perkara itu adalah dalam kerangka jemaah umat Islam yang besar serta sentiasa bersatu-padu dan berjemaah.

“Cukup-cukuplah pemimpin Islam bergelar alim ulama membakar sentimen permusuhan berdalilkan al-Quran dan hadis yang menggambarkan permusuhan antara Islam dan kufur,” katanya. MG

Betulkan fikrah pemikiran jihad ahli Pas – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker