16 kucing mati dijangkiti selesema burung buat saintis bimbang

Saintis-saintis menyuarakan kebimbangan selepas 16 ekor kucing mati akibat dijangkiti virus selesema burung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kes selesema burung dicatatkan di serata dunia sejak beberapa bulan lalu, manakala di Britain sahaja, beribu-ribu unggas mati akibat penyakit itu.

Jangkitan selesema burung terhadap manusia pula masih kecil, namun  virus itu kini bermutasi yang menyaksikan 16 ekor kucing mati selepas dijangkiti.

Pasukan saintis dari Poland mendapati kucing-kucing itu dijangkiti selesema burung selepas makan daging mentah.

“Penilaian kepada situasi menunjukkan makanan menjadi salah satu laluan paling kerap untuk penularan patogen.

“Ini dibuktikan dengan kemunculan virus selesema burung dalam  kucing peliharaan dan liar di pelbagai lokasi di seluruh negara,” kata pakar virologi, Krzysztof Pyrc.

Tambah Pyrc, bagi menguji teori tersebut, dia dan pasukannya meminta pemilik-pemilik kucing yang sakit untuk menghantar sampel daging yang dimakan haiwan itu.

“Kami menerima lima sampel daging untuk diuji dan menjalankan ujian molekular untuk menguji kehadian virus.

“Analisis menunjukkan bahawa satu daripada lima sampel mengandungi virus berkenaan (selesema burung).

“Analisis lanjut mendapati daging yang dimakan bukan sekadar mengandungi bahan genetik virus, bahkan virus berjangkit,” kata Pyrc. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker