Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi

Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad membidas Menteri Besar Sanusi Md Nor yang sehingga kini gagal menjawab isu kecurian sumber unsur nadir bumi (REE).

Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membayar kompaun berhubung isu kecurian REE, jika benar Sanusi dan MBI Kedah tidak terbabit dalam isu itu.



“Sehingga kini, Sanusi masih belum menjawab segala dakwaan yang dilontarkan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kecurian sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) menerusi aktiviti perlombongan haram.

“Umum mengetahui bahawa tanah yang terlibat dalam kes ini merupakan tanah milik MBI Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata apabila kes pertama perlombongan haram dikesan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, satu kertas siasatan dibuka mengikut Enakmen Perhutanan Negara dan kertas siasatan lengkap telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Kedah.


Baca Artikel Menarik:

 



Sanusi ada penyakit lambat mengaku – Mohd. Puad


Katanya, MBI Kedah juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM130,000 selain Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri membuka kertas siasatan mengikut Enakmen Mineral Negeri serta mengenakan kompaun sebanyak RM500,000.

“Selain itu, berdasarkan maklum balas daripada jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, saya dapat mengesahkan bahawa kemasukan ke kawasan pembangunan Ladang Hutan di Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang perlu melalui empat pagar keselamatan.



“Pagar pertama adalah melalui tanah milik MBI bagi projek ladang solar dan pagar ini dibina oleh MBI kerana ia melalui tanah milik mereka. Syarikat yang diberi kelulusan pembangunan ladang hutan juga telah membina tiga lagi pagar keselamatan di jalan masuk ke dalam ladang mereka,” katanya.

“Pembinaan pagar ini telah dibina terlebih awal sebelum berlakunya aktiviti perlombongan haram di kawasan tersebut.”

Bagaimanapun, katanya, selepas Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengesan berlakunya aktiviti perlombongan haram kali kedua pada awal tahun ini, semua kunci mangga di tiga pagar masuk telah ditukar dan anak kuncinya disimpan kakitangan jabatan itu.


Baca Artikel Menarik:

Selepas pendedahan Menteri KDN, Sanusi akhirnya akui pernah temui suspek pencuri nadir bumi




“Nasihat saya kepada Sanusi, sudah-sudahlah menuding jari ke pihak lain dan jawab dahulu segala dakwaan yang telah dilontarkan terlebih dahulu.” FMT

Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi


Baca Artikel Menarik:

Tiba masa PAS akan ‘tikam Bersatu’



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker