Terserah kepada PDRM, SPRM dedah identiti ahli politik ‘payung’ judi
Terserah kepada PDRM, SPRM dedah identiti ahli politik ‘payung’ judi
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada polis dan SPRM untuk mendedahkan identiti ahli politik yang dikatakan menaungi kegiatan judi dalam talian di negara.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya percaya kedua-dua agensi itu akan membuat penilaian untuk melakukan perkara itu sekiranya ada keperluan.
“Jadi biar badan penyiasat, polis dan SPRM yang membuat keputusan (sama ada untuk mendedahkan), itu mereka yang akan tentukan mengikut pertimbangan mereka…Saya tidak mahu masuk campur bab itu.
“Kedua-dua agensi mempunyai data yang komprehensif berhubung siapa (individu) di sebalik pemain dan juga ‘mastermind’…jadi mengenai apakah mereka akan mendedahkan perkara itu, saya tinggalkan kepada penilaian profesional mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program KDN Madani di Sungai Petani, Kedah semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah Fisol Salleh.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata pihaknya percaya nilai aktiviti perjudian dalam talian boleh mencecah sehingga berbilion ringgit setiap bulan.
“Satu minggu mencecah RM200 juta hingga ke RM250 juta… itu baru satu jenis belum yang lain. Dalam Parlimen baru-baru ini saya paparkan kira-kira 100 laman web berkaitan judi dalam talian.
“Bila kita tengok dari segi saiz, volumenya sangat besar dan keuntungan mereka adalah dalam mata wang kripto dan sebagainya… dari segi teknologi mereka sangat ke depan, sebab itu pasukan penguat kuasa perlu tangkas, dua atau tiga langkah ke depan, kerana aktiviti ini walau apa juga alasannya perkara ini adalah sesuatu yang memudaratkan,” katanya.
Dia turut tidak menolak kemungkinan kegiatan perjudian membiayai aktiviti politik, berikutan data dan maklumat pihak berkuasa yang menunjukkan kegiatan itu dinaungi ahli politik.
“Pemain dalam industri ini kalau dia dilindungi oleh naungan politik sudah tentu dia kena ‘reciprocate’ balik jadi tidak mustahil dia membiayai kegiatan politik… jadi dalam perkara ini, saya serahkan kepada polis dan SPRM,” katanya. FMT
Terserah kepada PDRM, SPRM dedah identiti ahli politik ‘payung’ judi
Baca Artikel Menarik:
- Sulaiman Taib fail saman terhadap Raghad
- Siapa suami Mizz Nina?
- Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka
- Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali
- Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf
- Cat Walk seksi di Kota Bharu (Video)
- Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara
- MK K-Clique nikahi Siti Hajaar
- Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS
- SPRM mesti segera siasat Mahathir
- Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
- Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar
- ‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew
You must be logged in to post a comment.