PAS ‘seleweng’ istilah Islam – Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS
Khairuddin Aman Razali menyelar parti yang pernah disertainya iaitu PAS sebagai “menyeleweng dan memyempitkan” istilah Islam.
Istilah dimaksudkan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu seperti “perjuangan Islam”, “istiqamah”, “dakwah”, “jihad” dan “jemaah Islam” dengan merujuk organisasi itu sahaja.
Khairuddin yang kini penasihat agama Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, tindakan PAS itu adalah “penyelewengan kepada istilah Islam”.
“Di Malaysia, sesiapa yang berhenti daripada organisasi PAS dilabel sebagai meninggalkan perjuangan Islam kerana perjuangan Islam itu diyakini hanya milik PAS sahaja.
“Sedangkan hakikatnya perjuangan Islam itu milik semua Muslim yang bersyahadah dan membawa obor dakwah Islam di mana sahaja mereka berada dan dalam organisasi politik mana mereka anggotai,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, ahli parti yang meninggalkan PAS turut dituduh “tidak istiqamah” lalu dibaca ayat al-Quran dan hadis tentang arahan istiqamah dengan Islam, sedangkan makna sebenarnya iaitu “berpegang kepada akidah, syariat dan akhlaknya”.
“Orang yang meninggalkan PAS juga dilabel dalam tamrin, usrah dan ijtima tarbawi PAS sebagai gugur daripada medan dakwah lalu dibaca teks tulisan pelbagai tokoh gerakan Islam.
“Hakikatnya medan dakwah itu luas bukan terhenti menjadi milik PAS sahaja,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Khairuddin yang juga setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno berkata, kesan daripada tindakan itu akan “mencarik” perpaduan umat Islam.
“Kesannya sangat besar iaitu melahirkan taksub dalam diri anggota parti lalu melihat orang yang berbeza pendirian parti dan berbeza organisasi sebagai musuh perjuangan Islam dan pendakwah yang gugur daripada dakwah Islam,” katanya.
Pada PRU15, Khairuddin bertanding mempertahankan Parlimen Kuala Nerus sebagai calon Barisan Nasional selepas mengisytiharkan keluar PAS pada 14 Mac 2022, namun tewas di kerusi itu.
Beliau kemudian dilantik sebagai penasihat agama Zahid secara pro bono iaitu tanpa menerima gaji pada Mac lalu.
Khairuddin juga adalah bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sulaiman Taib fail saman terhadap Raghad
- Siapa suami Mizz Nina?
- Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka
- Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali
- Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf
- Cat Walk seksi di Kota Bharu (Video)
- Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara
- MK K-Clique nikahi Siti Hajaar
- Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS
- SPRM mesti segera siasat Mahathir
- Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
- Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar
- ‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Afiq simpan bukti dicurangi Pachara
You must be logged in to post a comment.