PM jumpa KJ, apa kata Zahid?
Perjumpaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Khairy Jamaluddin membincangkan hala tuju ekonomi negara semalam menunjukkan keterbukaan pemimpin negara itu menerima pandangan pelbagai pihak.
Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin, berkata bekas menteri kesihatan itu dapat menggunakan peluang dan ruang itu menyampaikan pandangan bagi membaiki dan melonjakkan ekonomi Malaysia.
“Ini menunjukkan keterbukaan perdana menteri menerima pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk Khairy demi kebaikan negara,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Felda Bukit Easter, di Kota Tinggi.
Semalam, selain Khairy, Anwar juga mengadakan perbincangan bersama Naib Presiden Umno Johari Ghani.
Anwar dalam hantaran di Facebook miliknya, berkata perbincangan itu turut melibatkan ahli ekonomi lain seperti Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM), Noor Azlan Ghazali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Nor Azmie Diron.
Dalam perkembangan lain, Khaled yang juga naib presiden Umno, menyifatkan dakwaan tiga “warlord” parti itu dari Johor dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai khabar angin.
Beliau yang juga ketua Umno Johor, mengingatkan semua ahli politik supaya berpendirian dan kekal dengan prinsip perjuangan.
“Politik ini panjang, ada pasang surutnya tetapi kita perlu ada prinsip perjuangan. Semua itu dah ada ketentuan, jadi kita hadapi sahaja kerana ia boleh beri kita pengajaran dan pengalaman serta panduan.
“Takkanlah apabila keadaan tidak memihak kepada kita, kita nak ‘terlompat-lompat’ atau sebagainya,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sulaiman Taib fail saman terhadap Raghad
- Siapa suami Mizz Nina?
- Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka
- Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali
- Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf
- Cat Walk seksi di Kota Bharu (Video)
- Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara
- MK K-Clique nikahi Siti Hajaar
- Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS
- SPRM mesti segera siasat Mahathir
- Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
- Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar
- ‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.