Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta

Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta

Anwar Ibrahim membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Dr Mahathir Mohamad dalam pembelaan terhadap saman fitnah terhadapnya.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui e-filing malam tadi, pengerusi PH itu bergantung kepada pembelaan justifikasi (sedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah) dengan menyebut antara lain pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd.

Presiden PKR itu mendakwa anak sulung Mahathir, Mirzan menjadi pengarah Opcom Cables dari 1994 hingga 2021, anak kedua Mokhzani menjadi pengarah dari 2009 hingga 2019, anak ketiganya, Mukhriz menjadi pengarah dari 1994 hingga 2019, dan isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria menjadi pengarah dari 1995 hingga 2021.

Mahathir adalah perdana menteri dan menteri pertahanan ketika kontrak itu diberikan.

Mahathir menyaman Anwar berhubung dakwaan dia mengumpul kekayaan peribadi ketika menjadi perdana menteri.

Menurut pernyataan pembelaan, Anwar yang juga presiden PKR mendakwa selaku perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu, plaintif mengawal Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

MKD katanya, memegang satu saham khas (golden share) yang memboleh kerajaan membuat keputusan penting dalam Telekom, yang menjalankan rundingan terus dengan Opcom untuk bekalan gentian optik berkenaan.

“Pada tempoh material tersebut, Opcom Cables dikawal oleh dan/atau dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Plaintif seperti yang dijelaskan dalam perenggan 61 di atas.

“Dalam kata lain, ahli-ahli keluarga plaintif mempunyai kepentingan yang besar dalam Opcom Cables; Kencana Petroleum adalah dan/atau, untuk semua maksud dan tujuan, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dan/atau dikawal oleh Mokhzani.

“Walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 2001 dan tiada sebarang rekod prestasi yang diketahui, Kencana Petroleum telah diberikan lesen fabrikasi utama oleh Petronas.

“Lesen fabrikasi tersebut telah diberikan kepada Kencana Petroleum semasa Plaintif adalah perdana menteri,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Tambun.

Dakwaan selamatkan syarikat anak

Bagi menyokong pembelaan justifikasinya, defendan berhujah bahawa semasa krisis kewangan 1997, plaintif sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu berusaha menyelamatkan beberapa syarikat, termasuk KPB (kini dikenali sebagai Pos Logistics Berhad).

Menurutnya Mirzan ketika itu adalah pemegang saham majoriti dan pengarah KPB.

Anwar mendakwa selepas Julai 1997, dia telah menolak permintaan daripada Mahathir yang juga menteri kewangan ketika itu untuk menyelamatkan KPB, yang mempunyai liabiliti bersih RM423.94 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis tahun yang sama.

Anwar mendakwa Mahathir berasa kecewa dengan jawapannya, dan menekankan bahawa ia akan memalukan Mirzan atau dirinya sendiri jika perkara tersebut dibentangkan kepada parlimen untuk dibahaskan.

“Walaupun defendan enggan melayan permintaan KPB untuk bantuan kewangan dan beliau juga telah menjawab Plaintif seperti yang dinyatakan di atas, defendan telah dimaklumkan kemudian oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terdahulu, bahawa plaintif telah mengarahkan Petronas untuk menyelamatkan / ‘bail out’ KPB,” jelasnya.

Menurut Anwar, dia telah berjumpa dengan Mahathir untuk menyuarakan bantahan.

Bagaimanapun, katanya, Mahathir tidak mengendahkan bantahan tersebut dan menyatakan bahawa Petronas tidak berada di bawah kawalan Perbendaharaan.

Petronas tertakluk kepada arahan perdana menteri mengikut Seksyen 3 Akta Pembangunan Petroleum 1974.

‘Saman berniat jahat’

Anwar juga mendakwa saman Mahathir difailkan dengan motif tersembunyi kerana Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pelbagai penerbitan dan ahli masyarakat terkenal yang membangkitkan dakwaan serupa, sekali gus menunjukkan bahawa saman sivil itu hanya difailkan apabila Anwar menjadi perdana menteri.

“Tindakan ini telah difailkan dengan tujuan untuk melemahkan kredibiliti defendan sebagai perdana menteri semasa serta Kerajaan Persekutuan semasa, dan untuk mewujudkan perpecahan kaum memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang bagi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah;

“Plaintif telah baru-baru ini membuat banyak serangan umum yang tidak berasas terhadap Kerajaan Persekutuan semasa yang dipimpin oleh defendan semata-mata untuk melemahkan/menjejaskan kredibiliti mereka memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang bagi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Defendan mendakwa bahawa saman Mahathir itu tidak memiliki asas kerana kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu tidak dapat merendahkan atau mengurangkan reputasi Mahathir dalam fikiran ahli masyarakat yang berfikiran betul, terutamanya orang awam Malaysia.

“Defendan menyatakan bahawa reputasi dan kredibiliti plaintif telah dan akan diadili berdasarkan kelakuannya sendiri. Serangannya yang berniat jahat dan tidak berasas terhadap kerajaan semasa yang dipimpin oleh defendan dalam usaha untuk menebus dirinya secara politik dengan apa-apa kos, termasuk tetapi tidak terhad kepada menghasut gelora perkauman (‘racial turbulence’) dan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial, telah menyebabkan beliau tidak lagi dianggap sebagai orang yang boleh dipercayai,” kata Anwar.

Mahathir diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, manakala Anwar diwakili peguam Alliff Benjamin Suhaimi. Mk

Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker