Tun atau Tan Sri untuk Nik Aziz, Nik Omar tetap junjung kasih

Enggan mengulas – begitu komen anak lelaki sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung rasa tidak puas hati pihak tertentu dari keluarga itu berkenaan gelaran yang diterima bekas menteri besar Kelantan itu baru-baru ini.

Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata dia tidak bercadang memberikan sebarang reaksi kepada isu tersebut.

Sebaliknya, kata bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu, dia merafak sembah berterima kasih kepada pihak istana atas anugerah Tan Sri yang dikurniakan kepada Nik Abdul Aziz.



“Setakat ini tak ada komen dari ambo (saya).

“Cuma nak ulangi junjung kasih ambo kepada Tuanku (Agong) yang anugerahkan darjah kebesaran bergelar Tan Sri kepada ayahanda,” katanya ringkas.

Terdahulu tular di media sosial satu tulisan agak panjang seseorang yang mendakwa cucu kepada Nik Abdul Aziz.

Dalam hantaran itu dia mendakwa keluarga bekas Mursyidul Am PAS terbabit terkejut apabila hanya pingat yang membawa gelaran Tan Sri diberikan.



Menurutnya, sebelum ini mereka “dicanangkan” lebih awal bahawa Nik Abdul Aziz akan dianugerahkan pingat untuk gelaran Tun.

Namun, katanya, mereka sekeluarga tidak memandang rendah gelaran Tan Sri, sebaliknya cuma terkejut kerana Allahyarham diletakkan sebaris dengan seteru “politik dan agama” daripada DAP.

“Secara zahirnya, penganugerahan ini adalah perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi, penerima ini akan dicadang serta ditapis oleh perdana menteri terlebih dahulu.

“Surat jemputan dari istana juga tidak diberikan melalui kerajaan negeri, sebaliknya dihantar melalui anak kedua allahyarham yang memilih bertanding di atas tiket PKR di Perak iaitu bapa saudara kami (Nik Omar).



“Selepas 23 tahun memimpin kerajaan PAS di Kelantan, undangan bersejarah begini diberikan melalui tangan seorang yang memilih untuk tidak bersama perjuangan beliau?” katanya dalam kenyataan di Facebook itu.

Pada 5 Jun lalu Malaysiakini melaporkan Nik Abdul Aziz antara 839 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Anugerah sama turut dikuriniakan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker