Cara melindungi hak anak dan harta selepas berkahwin lagi
Cara melindungi hak anak dan harta selepas berkahwin lagi
Soalan :
Saya merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Suami saya telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Selama pemergiannya, saya tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki lain kerana hanya fokus kepada kerjaya dan membesarkan anak. Anak saya kedua-duanya berada di universiti sekarang.
Pada tahun lalu, saya telah bertemu dengan seorang yang sangat istimewa. Beliau seorang duda yang mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan sebelum ini. Kami berhubung rapat dan anak-anak kami juga senang dengan perhubungan kami. Kami bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi.
Soalan saya ialah: – Bagaimanakah cara saya boleh melindungi harta saya yang telah saya kumpulkan selama ini supaya sekiranya terjadi apa-apa kepada diri saya, hak anak-anak saya terjamin. Saya bukanlah seorang yang materialistik, tetapi saya hanya mahu pastikan bahawa walaupun dengan ketiadaan saya, hak anak-anak saya dilindungi.
Lebih-lebih lagi harta yang saya telah peroleh sebelum pertemuan saya dengan bakal suami, hasil dari titik peluh saya sendiri untuk menjamin masa depan anak-anak saya.
Jawapan :
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan yang telah membesarkan anak-anak dengan begitu baik sekali sehingga mereka berjaya ke menara gading. Pengorbanan seorang ibu sememangnya tiada tolok bandingnya.
Lebih-lebih lagi membesarkan anak sendirian, tanpa sokongan seorang suami. Sayang ibu kepada anak tiada penyudahnya walaupun sudah bertemu pilihan hati untuk memulakan penghidupan baru.
Ramai di antara kita yang tidak membuat apa-apa persediaan atau perancangan berkenaan dengan harta apabila kita tiada lagi. Dalam pengalaman saya selama 17 tahun sebagai peguam, telah banyak saya lihat anak-anak yang tidak tahu arah tuju apabila ayah dan ibu pergi secara mengejut.
Ada juga yang tidak tahu apakah harta-harta yang telah diperoleh oleh ayah dan ibu selama hayat mereka.
Saya nasihatkan Puan membuat senarai kesemua harta dan aset yang telah Puan peroleh setakat ini. Ini termasuk:-
Rumah / hartanah
Kereta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF)
Amanah saham (ASB/ASN/ASW)
Akaun Tabung Haji
Akaun bank
Saham
Insurans
Simpanlah senarai harta dan aset ini di suatu tempat yang diketahui oleh anak-anak supaya sekiranya kita pergi secara mengejut, anak-anak mudah menguruskan harta dan aset kita untuk masa depan mereka.
Bagi KWSP, Akaun Tabung Haji dan insurans, Puan boleh mendaftarkan nama anak-anak Puan sebagai penama atau benefisiari supaya sekiranya apa-apa berlaku kepada Puan, wang yang terkumpul akan dibayar terus kepada anak-anak. Puan hanya perlu pergi ke pejabat KWSP, Lembaga Tabung Haji dan syarikat insurans yang berkenaan dan mengisi borang yang disediakan.
Bagi rumah dan hartanah, Puan ada dua pilihan iaitu sama ada untuk terus memindah milik nama di geran rumah dan hartanah tersebut kepada nama anak-anak sekiranya umur mereka sudah pun mencecah 18 tahun ataupun puan boleh menandatangani suatu Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang mana menyatakan bahawa rumah dan hartanah tersebut dipegang oleh Puan sebagai pemegang amanah untuk anak-anak yang merupakan benefisiari kepada rumah dan hartanah tersebut.
Surat Ikatan Amanah ini boleh didaftarkan di pejabat tanah yang relevan. Ini akan menjamin hak anak-anak ke atas rumah dan hartanah tersebut.
Bagi harta dan aset yang lain, Puan juga boleh membuat wasiat untuk mewariskan setiap harta seperti wang yang terkumpul di dalam akaun bank, kereta dan saham-saham kepada anak-anak.
Pilihlah seorang saudara yang terdekat atau rakan karib yang boleh dipercayai sebagai pemegang amanah untuk menjalankan tugas sebagai pentadbir harta untuk menguruskan harta dan aset apabila kita tiada lagi.
Sebagai seorang Islam, pembahagian harta dan aset adalah mengikut pengiraan faraid apabila kita sudah tiada melainkan sekiranya waris-waris kesemuanya setuju supaya harta dan aset dibahagikan mengikut hasrat arwah si mati mengikut wasiat.
Sekiranya ada waris yang tidak setuju, hanya 1/3 dari jumlah harta dan aset yang boleh dibahagikan mengikut hasrat seperti di dalam wasiat. Selebihnya hendaklah dibahagikan mengikut pengiraan faraid.
Saya nasihatkan Puan untuk berjumpa dengan seorang peguam untuk mendapatkan nasihat selanjutnya. Peguam akan dapat membantu Puan untuk menyediakan wasiat dan dokumen-dokumen lain supaya hak anak-anak dapat dilindungi dengan sempurna.
Saya pasti bakal suami yang ikhlas akan memahami tujuan Puan yang murni ini. Mungkin beliau juga mahu membuat perkara yang sama supaya masa depan anak-anaknya juga dapat dilindungi apabila ketiadaannya. Utv
Cara melindungi hak anak dan harta selepas berkahwin lagi
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.