Bermuka masam petanda ahli neraka?

Bermuka masam petanda ahli neraka?

Selain hablumminallah, wajah yang bersih serta air muka yang tenang, ia juga terhasil daripada kebaikan yang ada dalam diri dan dizahirkan kepada manusia dengan seikhlasnya. Dengan erti kata lain, hubungan baik dengan manusia (hablumminannaas) termasuk memberikan senyuman, menceriakan kehidupan orang lain, dan sentiasa memudahkan orang dalam kesusahan, juga terangkum dalam maksud air muka yang bercahaya.

Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,



“Sesungguhnya kalian tidak mampu menarik hati manusia dengan harta kalian. Akan tetapi kalian mampu menarik hati mereka dengan wajah berseri dan akhlak yang mulia.” (HR Abu Hurairah).

Apa pun bercerita tentang hal ini, kisah seorang ulama bernama Abu Yazid Al-Busthami, seorang ahli sufi boleh dijadikan renungan dan pengajaran. Kisahnya, pada suatu hari dia pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Abu Yazid Al-Busthami menjawab sederhana,



“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh. Sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sememangnya Allah telah mentakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang daripada sudut mana pun, manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaklah kurniaan Allah ini tidak dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana kata Rasulullah s.a.w,

“Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.”



Cahaya di wajah yang terpancar juga lahir daripada taubat kepada Allah dan istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Itulah tanda orang yang diampuni oleh Allah, diberikan kepadanya kebaikan sehingga orang lain juga menyedarinya. Penyataan ini bersandarkan kepada firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8,

“Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka sambil mereka berkata,

“Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunkanlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa segala sesuatu.”

Dari itu perbanyakkanlah bertaubat dengan beristighfar kepada Allah. Insya’ Allah pasti akan Allah berikan ganjaran dan kurniakan kecantikan bukan sahaja dari sudut dalaman malah luarannya juga. Wallahu a’lam Utv



Bermuka masam petanda ahli neraka?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker