Najib tidak dilupakan, UMNO terus tuntut keadilan buat mantan Presiden UMNO – Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau terus menuntut keadilan buat mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
Jaminan tersebut disuarakan Zahid Presiden UMNO bagi menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO dan Kerajaan Perpaduan ekoran nasibnya yang berdepan hukuman penjara.
Di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan serta lebih 6,000 perwakilan UMNO, Ahmad Zahid berkata, UMNO tetap akan memperjuangan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu kerana perjuangannya dengan parti terus subur meskipun beliau kini di sebalik tirai besi.
“Walaupun secara fizikal beliau (Najib) tidak bersama kita, tetapi jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita. Kita berikan laungan semangat untuk beliau, kita mahukan keadilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di ibu negara hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperimana ditetapkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.
“Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk bela dan beri kebebasan untuk Najib. Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, sabar, Allah akan melunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” kata Ahmad Zahid.
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut memberikan bukti bahawa Najib tidak pernah mengkhianati parti itu dan mengeluarkan sebarang arahan untuk menyerang Presiden atau mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
‘Bukti’ tersebut disampaikan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nizar Najib menerusi klip video semasa ucapan Ahmad Zahid yang disaksikan seluruh tetamu khas dan perwakilan itu.
“Saya sedar ada permainan di luar sana yang kononnya menyatakan ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang institusi presiden
“Apa yang ingin saya tegaskan di sini, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
“Beliau tidak pernah menyatakan sedemikian, malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti UMNO dan menghormati institusi Presiden yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Itu pesanan beliau,” kata Mohd. Nizar.
Mohd. Nizar menambah, semua itu hanyalah permainan persepsi oleh sesetengah pihak yang cuba mengelirukan ahli-ahli UMNO supaya menyokong parti lawan.
“Ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli UMNO supaya membelakangi Kerajaan Perpaduan dan menyokong Perikatan Nasional itu tidak pernah berlaku,” tegasnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Warlord’ tak mahu berubah kerana sayangkan jawatan – Akmal
- Ibu Ismail Izzani nafi anak hamilkan anak orang
- Bapa dipecat Finas, Anzalna terus beri sokongan
- Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAP
- Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
- Kejatuhan ringgit dan OPR: Mahathir bidas Anwar
- Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok
- Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia
- Kertas siasat Hadi, Shahidan diserah pada Jabatan Peguam Negara
- Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera
- Empat doktor ditahan terlibat aktiviti palsu sijil kelahiran
- Isteri tarik rambut kekasih gelap suami diseret 20 meter
- Duda anak dua didakwa hina Allah, Nabi dan agama Islam
- Rider diburu polis babit kes bunuh dekat Klang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung