Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju

Wanita itu meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki suami yang rajin. – Instagram

Seorang wanita yang menyangka suaminya hilang semasa tengah malam terkejut melihat lelaki itu sebenarnya sedang menjemur pakaian di luar rumah, lapor laman berita Merdeka semalam.

Berdasarkan  video dikongsikan di laman Instagram,  wanita yang menggunakan akaun @momandkiddy itu berkata,  dia terjaga daripada tidur ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

Dia  terkejut  mendapati suami  tidak berada di dalam bilik,  sebaliknya hanya anaknya kelihatan tidur nyenyak.

“Hampir pukul 12 tengah malam. Saya dan Athallah (anak) sudah tidur. Tiba-tiba saya tersedar  dan mencari suami,” tulis wanita itu dalam video tersebut.

Dia membuka tingkap rumah dan mendapati suaminya baru selesai mencuci pakaian serta  menjemurnya pada ampaian di hadapan rumah mereka.

Wanita itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang rajin membantu melakukan  kerja rumah.

“Ternyata, suami  tidak tidur,  malah baru selesai mencuci pakaian. Suami saya memang terbaik, saya amat mensyukurinya,” tulis keterangan video itu.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Suami saya juga begitu tetapi  bukan pada  waktu malam. Dia membantu mencuci pakaian selepas waktu subuh,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kalau suami saya melihat bakul pakaian dipenuhi baju kotor, dia akan mengangkat dan meletakkannya di hadapan mesin basuh,” ujar netizen lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker