Menentang UMNO atau tidak, Noh Omar akan umum esok
SHAH ALAM – Hala tuju politik bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini dijangka bakal diumumkan esok.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang akan menyertai hari pertama siri jelajah Perikatan Nasional (PN) sebagai tetamu khas di Tanjong Karang.
Katanya, jelajah itu akan turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Kita akan tengok esok dan antara pengumuman penting dalam PN itu adalah oleh bekas Pengerusi UMNO negeri (Noh)
“PN selepas ini akan melaksanakan jelajah di kesemua 22 Parlimen di seluruh Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan anak perempuan Noh antara enam nama yang dicadangkan sebagai calon PN bagi PRN akan datang.
Nurul Syazwani yang juga Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu disenaraikan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.
Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tidak membenarkan penganjuran siri Jelajah Selangor Baharu di Padang Astaka, Tanjong Karang esok
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam
You must be logged in to post a comment.