Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.

Anwar berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya terikat dengan aspek perundangan dan faham mengenai perlembagaan.

“Kadang-kadang bila seorang pemimpin berucap dia kena faham perlembagaan, dia kena faham perjanjian.

“Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas.

“Nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain tetapi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir wajar terikat dengan perundangan,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Selasa.

Anwar berkata, setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker