Giliran Peja bidas ‘Lebai PAS’

Hulu Selangor: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan isu membabitkan dasar di peringkat Kerajaan Persekutuan seperti kewujudan sekolah vernakular di negara ini, tidak seharusnya dijadikan modal berkempen.

Bercakap kepada BH semalam, beliau menitipkan pesanan kepada calon, pemimpin dan seluruh jentera parti Perikatan Nasional (PN) agar tidak terlalu ‘gelojoh’ untuk menjadikan menjadi isu berkait sesuatu dasar untuk menyerang pihak lawan.

Dengan mengetengahkan isu terbabit, beliau merasakan PN tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah sesuatu dasar yang dijadikan polemik selagi mana gabungan parti itu tidak menguasai Putrajaya.



Sehubungan itu, beliau menasihati jentera parti supaya tidak memperbesarkan isu berkait dasar untuk dijadikan modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu.

“Saya berpandangan jangan kita terlalu membawa perkara-perkara yang tidak membawa kesan yang baik bukan sahaja kepada pengundi malah negara.

“Jadi apa juga permasalahan seperti perkara tersebut (sekolah vernakular) yang membabitkan satu dasar, dasar kerajaan pusat yang kita tidak mampu lakukan buat masa ini, tidak perlulah terlalu diperbesarkan.

“Apabila kita ada (berada) di tampuk pemerintahan di peringkat pusat (nanti) , mungkin di situ (kita) boleh memperhalusi perkara yang membabitkan perkara dasar.



“Jadi sekarang ini, ada boleh bagi pandangan tetapi akhirnya tak boleh buat apa-apa. No point (tiada gunanya),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang memainkan isu sekolah vernakular terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dun Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao.

Baru-baru ini, media melaporkan Ahmad Fadhli berharap isu calon PH Dun Kuala Kubu Bharu yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ hingga PRK 11 Mei ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mencabar Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya, memandangkan ia tidak dinyatakan dalam poster profil calon PH itu.



Sock Tao kemudiannya mendedahkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menunjukkan beliau mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran diambil.

Dalam masa sama, tindakan Ahmad Fadhli turut mengundang teguran daripada Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full kerana membangkitkan isu sekolah vernakular dalam kempen PRK ini.

Menurut Fat Full, langkah pemimpin PAS itu disifatkan sebagai percubaan mendiskriminasi latar belakang pendidikan lawan sambil berharap polemik itu dihentikan dan semua pihak diminta mengamalkan politik matang dalam berkempen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker