Putra Tumpat gesa pemimpin Pas kahwin atas talian

Putra Tumpat gesa siasat status pemimpin Pas kahwin atas talian

KOTA BHARU – Parti Bumiputera Perkasa (Putra) Tumpat menggesa Pejabat Agama Islam daerah itu membuka segara kertas siasatan bagi kes seorang pemimpin berjawatan Timbalan Menteri berkahwin secara atas talian.

Pemimpin itu, yang juga Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi didakwa bernikah secara atas talian dengan Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand (MAINT).



Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Putra Bahagian Tumpat, Abdul Kadir Yaakob, MAINT telah menafikan menikahkan pemimpin Pas itu secara atas talian sebagaimana didakwa.

“Saya nak menegaskan, Putra Tumpat sekali lagi mendesak Pejabat Agama Islam Tumpat membuka segera kertas penyiasatan bagi kes ini.

“Kalau tidak ada apa-apa siasatan atau tindakan dilakukan, kita akan hantar kertas aduan ini kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan ke pengetahuan Tuanku Sultan Kelantan.

“Pada 6 Julai lalu, Putra Bahagian ini telah membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk menyiasat pernikahan atas talian ini oleh pemimpin Pas berkenaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.



Pada 5 Julai lalu, tular di laman sosial gambar dan video Che Abdullah yang didakwa bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dilangsungkan dalam negara melibatkan juru nikah di Thailand.

Namun, MAINT memaklumkan akan menjalankan siasatan termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian membabitkan pasangan itu.

Sehari selepas itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II itu tampil memohon maaf sekiranya telah menyinggung ramai pihak.

Beliau turut meminta orang ramai memberi keadilan serta ruang untuknya menyelesaikan isu berkenaan dengan baik, selain meminta menghormati privasi keluarga beliau.



“Sebagai mana yang tular saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak,” kata Che Abdullah pada sidang media.

Menurut Abdul Kadir, beliau hari ini menyerahkan aduan rasmi untuk membolehkan Pejabat Agama Islam Tumpat membuat penyiasatan bagi mengesahkan pernikahan di atas talian itu.

“Untuk makluman, MAINT telahpun membuat kenyataan bahawa perkahwinan atas talian pemimpin itu dengan isterinya tidak sah.

“Begitu juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membuat kenyataan dengan jelas bahawa perkahwinan di atas talian tidak sah.



“Yang menghairankan saya di manakah letaknya para pemimpin ulamak Pas? Kenapa membisu dan senyap seribu bahasa dalam kes yang melibatkan hukum ini? Sedangkan Kelantan dipimpin oleh golongan ulamak,” katanya.

Justeru, Putra Tumpat mahu kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan segera bagi menyelesaikan status perkahwinan pemimpinnya itu. MG

Putra Tumpat gesa pemimpin Pas kahwin atas talian


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Payudara membesar selepas suntik vaksin Pfizer



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker