Syasya Dolla lapang dada ditegur imej seksi
Rozie Othman nenek yang ‘cool’
Syasya Dolla lapang dada ditegur imej seksi
ANGGOTA kumpulan Dolla iaitu Syasya berlapang dada dengan teguran neneknya yang juga pelakon veteran Rozie Othman berhubung penampilannya yang dikatakan menjolok mata.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 22, berkata, meskipun selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakaian namun berjanji akan memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa hadapan.
“Bagi saya apa yang nenek saya kata itu ada yang betul tapi generasi sekarang ada gaya tersendiri.
“Zaman dahulu dengan sekarang banyak beza, Insya Allah apa yang ditegur saya akan perbaiki.
“Tapi saya pun nak bawa imej dan jadi diri saya sendiri, tak mahu berpura-pura menjadi orang lain,” katanya kepada mStar.
Baca Artikel Menarik:
Anak sahkan Zainal Abidin dan Fyna Jebat sudah cerai
Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung pada malam Rabu.
Dalam pada itu, Syasya memberitahu Rozie ada menghubunginya untuk memberi nasihat dan sebagai cucu dia memahami niat baik aktres itu yang bimbang akan keadaannya.
Jelasnya, dia dan neneknya memang sangat akrab malah pertemuan pada hari raya lalu juga mesra seperti kebiasaan.
“Dia hubungi saya berpesan agar menjaga diri tapi apa dikatakan memang betul malah nasihatnya saya selalu dengar.
Masa raya pun kami berjumpa, dia nenek yang cool. SYASYA DOLLA – PENYANYI KUMPULAN DOLLA
“Saya tahu niatnya baik menegur apatah lagi saya cucunya. Memang sifatnya suka mengambil berat. Kami okay sahaja malah sebenarnya hubungan kami memang akrab.
Baca Artikel Menarik:
“Raya tempoh hari pun kami ada bertemu… dia seorang nenek yang cool. Dia dulu pelakon jadi dia faham situasi seni ini macam mana,” ujarnya.
Sementara itu, Syasya berkata, dia tidak pernah berasa terbeban apabila sering diasak mengenai penampilannya yang dikatakan seksi.
Kata Syasya, setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing berhubung perkara itu malah tiada kuasa menghentikannya.
“Sebenarnya saya tak rimas, sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga. Saya okay.
“Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara berpakaian, kalau ada yang rasa saya terlampau seksi, Insya Allah saya akan kurang-kurangkan.
“Saya akan sentiasa berhati-hati dalam pilihan saya dan fikir terlebih dahulu,” ujarnya.
Baca Artikel Menarik:
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Kematian Tangmo Nida, Pemilik Dan Pemandu Bot Mengaku Bersalah
- Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Mark Adam hampir dibunuh, enggan kecoh kes ditipu kontraktor
- Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan [VIDEO]
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET