PU Syed Tegur Perdana Menteri

Jangan Bergembira Sangat Di kala Rakyat Tengah Susah

PU Syed Tegur Perdana Menteri

PU Syed Tegur Perdana Menteri
PU Syed Tegur Perdana Menteri

Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran dan nasihat terhadap Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bergembira bernyanyi di Majlis Madani.

Nasihat Tidak bercadang Untuk Menjatuhkan Datuk Seri

Pu Syed memuat naik video di laman instagram miliknya untuk menasihati Datuk Seri supaya tidak menunjukkan kegembiraan tersebut dikala rakyat sedang menghadapi pelbagai masalah.

“Saya mohon agar Datuk Seri kenang mengenai rakyat yang susah ketika jadi pembangkang dulu, rakyat dahulu dan kini sama sahaja rakyat tengah susah dan tetiba muncul video Datuk Seri dengan menteri bergembira dikala rakyat sedang susah sangat tidak sesuai untuk dipamerkan.”-kata Pu Syed



Tambahnya lagi, jika Datuk Seri ingin bernyanyi tetapi janganlah ditunjukkan kepada khalayak ramai kerana akan menimbulkan fitnah dan sebagainya. Rakyat Malaysia kini hadapi pelbagai masalah, seperti OPR rumah naik, tarif eletrik juga naik, manakala minyak tidak turun serta peluang pekerjaan susah untuk dapat.


Baca Artikel Menarik:

Baby Shima hilang sabar, dedah wajah jantan miang di media sosial


Pu Syed juga menyarankan kepada Perdana Menteri Malaysia, supaya selesaikan masalah ini terlebih dahulu baru boleh bergembira. Itu pun perlu menjaga himmah sebagai seorang Perdana Menteri, bekas pemimpin gerakan islam supaya ada perbezaan diri sendiri dengan orang lain.





Rata-rata netizen juga komen benda yang sama pada video berkenaan, mereka mengungkapkan bahawa Perbezaan sebelum dan selepas dapat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Beza sebelum dan selepas dah dapat jawatan.. ni yang rakyat Malaysia memilih, Hakikatnya rakyat makin susah dan makin derita, janji tak ditepati. menjawab lah esok nanti di sana”-kata mereka

 

PU Syed Tegur Perdana Menteri



Apa-apa pun, jangan terus membuat andaian melalui video tersebut, mungkin dalam masa Datuk Seri sedang bergembira dia juga sedang berkerja keras untuk memajukan serta menaikan Malaysia.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker