Usul tidak percaya terhadap peguam negara diluluskan Badan Peguam
Usul tidak percaya terhadap peguam negara diluluskan Badan Peguam
Satu “usul tidak percaya” terhadap peguam negara pada mesyuarat agung tergempar petang tadi diluluskan oleh Badan Peguam.
Usul dibentangkan itu menyatakan Badan Peguam hilang kepercayaan terhadap peguam negara “atas kegagalan mempertahankan badan kehakiman daripada serangan dan mendukung kedaulatan undang-undang”.
Usul itu memberikan contoh serangan yang didakwa dibuat terhadap Nazlan Ghazali, hakim yang menghakimi kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden Badan Peguam, Karen Cheah.
Dalam pada itu, Badan Peguam menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, atas kelakuan yang didakwa menjejaskan kebebasan badan kehakiman.
Azalina bulan lalu berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Nazlan menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International.
Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina mengesahkan Nazlan, yang menghakimi kes SRC Najib, melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan.
Menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, ini berdasarkan salinan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Feb yang dipanjangkan oleh agensi itu kepadanya.
Sementara itu, Badan Peguam kesal dengan tindakan SPRM mengeluarkan laporan itu serta masa dan cara ia dikeluarkan, dan kesimpulan yang didakwa terkandung di dalamnya, kerana ia “bukan dalam bidang kuasa SPRM”.
Mesyuarat itu juga memberi mandat kepada Majlis Peguam memberikan notis kepada peguam negara, untuk melakukan prosiding hina mahkamah terhadap pihak yang didakwa bertanggungjawab atas “serangan terhadap badan kehakiman”.
Sekiranya peguam negara gagal berbuat demikian, Badan Peguam akan mempertimbangkan dan, jika perlu, memulakan prosiding hina mahkamah atau sebarang prosiding atau tindakan yang seia dengan resolusi yang diluluskan mesyuarat.
FMT minggu lalu melaporkan 175 peguam membuat petisyen untuk mengadakan EGM Badan Peguam bagi membahaskan usul mengecam “serangan” terhadap kebebasan badan kehakiman dan “mendukung kedaulatan undang-undang”. FMT
Usul tidak percaya terhadap peguam negara diluluskan Badan Peguam
Baca Artikel Menarik:
- Kem Najib akan sabotaj Umno dan PH?
- Pengurus maut bergaduh angkara sebut payudara besar
- Mierul Aiman tayang Sixpack, Netizen Pecah Ovari
- Pendakwah bebas ditegur tayang video ‘joget’ dengan isteri
- Lelaki biadap kencing ditempat wuduk telah ditahan polis
- Johan & Ozlynn terbang ke Ireland buat kejutan untuk anak buat semua menangis [VIDEO]
- Pengunjung restoran ‘bela saka’? Boleh makan 300 ketam 50 kotak durian
- Ibu durjana, 2 kali beranak 2 kali buang anak
- Kesantunan Agong, Permaisuri elak pijak plak peringatan dipuji [VIDEO]
- Sengaja gugurkan kandungan, Hafidz lapor polis terhadap Nurul Shuhada [VIDEO]
- Dakwaan gugurkan kandungan fitnah, Nurul Shuhada terkilan dan kecewa
- Dihisap pengurus hotel ketika tidur, mangsa mahu saman pihak pengurusan
- Azwan Ali buat rumah terbuka ‘ajak’ arwah ibu, ayah
- Syamsul kini berhadapan dengan tuntutan nusyuz oleh Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain
Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]