Trump didapati bersalah mencabul, diarah bayar AS$5 juta

Trump didapati bersalah mencabul, diarah bayar AS$5 juta

Barisan juri di New York mendapati Donald Trump bersalah melakukan pencabulan seksual dan memfitnah bekas wartawan, E Jean Carroll.

Sehubungan itu, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM22.2 juta) kepada wanita berkenaan.



Barisan juri dianggotai sembilan orang bagaimanapun menolak dakwaan Jean dirogol, namun sebulat suara mengekalkan tuduhan lain yang dikemukakan dalam kes perbicaraan sivil itu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Trump buat pertama kali berdepan hukuman undang-undang berhubung rentetan dakwaan serangan seksual sejak beberapa dekad lalu.

Bagaimanapun, bekas pemimpin itu dengan pantas menolak keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘memalukan’.

Jean, 79, memfailkan saman terhadap Trump dengan mendakwa bekas presiden AS itu melakukan serangan seksual terhadapnya di sebuah bilik persalinan butik mewah, Bergdorf Goodman di Fifth Avenue, Manhattan, pada tahun 1996.



Bekas kolumnis majalah Elle itu, turut mendakwa Trump memfitnahnya apabila dia merujuknya sebagai ‘penipuan yang lengkap’ selepas dia mendedahkan dakwaan itu kepada umum pada tahun 2019.

Trump, 76, menyifatkan kes itu sebagai tuduhan ‘palsu’ dan ‘pembohongan’ semata-matanya.

Barisan juri memutuskan Jean berjaya membuktikan pencabulan seksual berlaku, dengan memberikan lebih banyak bukti sekali gus menganugerahkannya AS$2 juta (RM8.9 juta) kepadanya.

Barisan juri terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita juga memutuskan Trump harus membayar kepada Jean kira-kira AS$3 juta (RM13.3 juta) atas kesalahan memfitnah.



Dalam pada itu, peguam Jean, Roberta Kaplan menyambut baik keputusan barisan juri berkenaan.

“Kami sangat gembira,” katanya.

Sementara itu, Trump membidas keputusan juri itu di media sosialnya, Truth Social.

“Saya langsung tidak tahu siapa wanita ini. Keputusan ini amat memalukan,” jelasnya dalam satu catatan.



Sebelum ini, Jean dalam perbicaraan kes sivil memberitahu serangan itu menyebabkannya berasa ‘malu’ dan tidak dapat menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Katanya, dia mengambil masa lebih 20 tahun untuk mendedahkan kepada umum kerana ‘takut’ dengan Trump. – AFP

Trump didapati bersalah mencabul, diarah bayar AS$5 juta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker