Tentera terlibat kes buli boleh dibuang kerja – Tok Mat

Tentera terlibat kes buli boleh dibuang kerja – Tok Mat

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata anggota tentera yang terlibat dengan kejadian buli boleh dikenakan tindakan tegas termasuk ditamatkan perkhidmatan kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan dalam terma perkhidmatan.

Mohamad berkata, perbuatan buli dalam kalangan anggota tentera tidak sepatut berlaku dan patut dihentikan.

“Bagaimanapun, jika ia masih berlaku dan didapati wujud anggota tidak mengendahkan larangan ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sehingga membolehkan mereka dibuang kerja,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera 2023 di Wisma Perwira.

Beliau mengulas mengenai satu kejadian buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan baru-baru ini.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli itu.

Katanya, ia termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih didakwa melakukan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, selain siasatan pihak polis, TUDM turut melakukan siasatan secara dalaman.

“Kita akan lihat apa hasil siasatan yang dilakukan nanti. Ini kerana kita tidak boleh meneruskan sesuatu perkara tanpa pengetahuan apa yang berlaku sebenarnya.

“Kita akan mendapat laporan nanti,” katanya. FMT

Tentera terlibat kes buli boleh dibuang kerja – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker