Kontrak Azam Baki dilanjut setahun

Kontrak Azam Baki dilanjut setahun

Tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutkan selama setahun.

Kontrak Azam sepatutnya tamat pada 12 Mei. Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong mengizinkan pelanjutan itu.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat bulan lepas berkata beliau tidak memilih untuk menukar Azam supaya tidak timbul persepsi perdana menteri baharu akan melantik ketua SPRM baharu.

Beliau berkata keputusan itu juga mengambil kira kedudukan SPRM sebagai badan bebas.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2021, Azam menjadi perhatian media susulan dakwaan berkait pemilikan saham. Beliau menyangkal sebarang dakwaan salah laku dan disoal oleh tiga jawatankuasa SPRM.



Menteri undang-undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kemudian mengumumkan isu tersebut selesai selepas Suruhanjaya Sekuriti mendapati tidak ada kes terhadap Azam. FMT

Kontrak Azam Baki dilanjut setahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker