Johari dilantik Bendahari Agung BN

Johari dilantik Bendahari Agung BN

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agungnya.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, pelantikan itu berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

BN juga melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Salleh dan Ketua Pergerakan Puter UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai wakil sayap-sayap itu dalam BN.

Pengganti wakil UMNO ke Dewan Tertinggi BN pula memilih dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Datuk Freddy Sua juga dilantik wakil PBRS dalam Dewan Tertinggi BN.

Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei 2023 di WTC Kuala Lumpur. MG

Johari dilantik Bendahari Agung BN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker