Walau apa jadi sekalipun, hari raya nanti saya akan jumpa abang – Syafiq Yusof
Pengarah dan adik kepada pelakon Syamsul Yusof, Syafiq Yusof merancang untuk menziarahi rumah abangnya seperti sediakala sempena kedatangan Syawal minggu hadapan.
Jelas Syafiq, dia juga berharap dapat meraikan Aidilfitri tahun ini bersama-sama seluruh ahli keluarganya dan menyisihkan segala sengketa yang ada.
“Selalunya pada pagi raya kami sekeluarga akan beraya bersama-sama. Tahun ini, walau apa jadi sekalipun hari raya nanti saya akan berjumpa dia (Syamsul), saya akan beraya bersamanya.
“Saya harap keluarga saya kembali macam sediakala, baik-baik. Tak ada manusia yang sempurna. Harap-harap hari raya nanti bermaaf-maafan,” katanya kepada Gempak.
Syafiq yang ditemui pada majlis pelancaran filem Polis Evo 3 di Six in the City, Petaling Jaya baru-baru ini mengakui masih berhubung dengan Syamsul malah ada memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Saya ada berhubung dengan dia, berikan kata-kata semangat sebab saya tak pernah nampak lagi orang yang kena seteruk dia.
“Saya selalu mintanya bersabar. Hanya kerana seorang manusia itu bergelar artis, popular dan berjaya bila ada kesilapan sikit yang sebenarnya ramai orang buat, tapi diserang depan belakang.
“Saya terkejut sebenarnya kenapa jadi macam ni. Mungkin ini ujian dia, tapi saya percaya dia seorang yang kuat dan boleh mengharungi situasi,” tambahnya.
Malah, Syafiq berharap kemelut dalam keluarganya akan diselesaikan secara harmoni dan matang.
“Saya tengok abang saya sekarang ni syukur Alhamdulillah, segalanya hampir selesai. Sebelum ini saya kasihan tengok dia, dia diserang daripada setiap penjuru, semua orang attack dia!
“Kalau kedua-duanya (Syamsul dan Puteri Sarah) sudah bersetuju (untuk bercerai) mungkin itulah paling baik. Kalau perkara itu meleraikan semua keadaan saya rasa Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Syafiq yang kini sedang sibuk di set penggambaran filem Syerif bakal muncul dengan filem Polis Evo 3 yang meletakkannya di kerusi pengarah pada 25 Mei 2023.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
- Putera Mateen Lengkap Berbaju Melayu Di Masjid Nabawi (Video)
- Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila
- Lelaki mengamuk kena reject masa ngorat bini orang [VIDEO]
- Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
- Shila Amzah nafi bini muda ND Lala, Siti Munirah rakan baiknya
- Pelakon High Council, Mierul Aiman teruk dikecam gara-gara vape depan peminat
- Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah
- Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.