Tip sediakan duit raya tanpa perlu pening kepala

 

LAGI beberapa hari nak menyambut raya, pasti ada antara kita sedang pening kepala mencongak-congak perbelanjaan yang masih belum selesai. Kalau baju raya untuk keluarga mungkin sudah dibeli, tapi jangan lupa ada beberapa lagi perkara memerlukan wang seperti minyak kereta dan tol untuk balik kampung.

Ada satu lagi yang perlu diambil kira ialah bajet duit raya untuk keluarga, saudara-mara dan anak-anak jiran di kampung.



Bagi Merak Jalanan, walaupun pemberian duit raya bukanlah wajib, cuma sekadar niat untuk bersedekah, tapi rasa tidak meriah kalau tak menghulur lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil yang jarang bertemu.

Tapi Merak Jalanan sering dengar keluhan rakan-rakan yang terpaksa berhabis sehingga ribuan ringgit untuk menyediakan duit raya. Kata mereka, kalau dulu beri duit raya seorang RM1 pun sudah cukup, tapi sekarang paling kurang pun seorang RM5.

Merak Jalanan pun tidak terkecuali, maklum sahaja anak-anak buah, anak-anak kepada saudara-mara dan jiran tetangga Merak Jalanan agak ramai.

Pun begitu, Merak Jalanan sudah buat persediaan awal iaitu sejak selepas raya tahun lepas lagi. Caranya, setiap kali Merak Jalanan berbelanja di kedai runcit atau restoran, Merak Jalanan akan asingkan sekiranya diberi baki wang kertas RM5. Merak Jalanan akan kumpul dan simpan di satu tempat.



Sehinggalah awal puasa lalu, Merak Jalanan sudah cukup wang kertas RM5 untuk dijadikan duit raya pada tahun ini. Tak perlu pening kepala dah, cuma perlu cari sampul duit raya sahaja.

Kalau sesiapa nak ikut cara Merak Jalanan ini, bolehlah mulakan selepas raya ini untuk raya tahun hadapan.

Pun begitu, pemberian duit raya ini biarlah ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa tak mampu, tak perlulah memaksa diri untuk memberi. Yang penting ialah keikhlasan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada saudara mara yang kita banyak duit.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker