Kematian: Bagaimana waris dapat menabur bakti kepada simati
BEBERAPA minggu ini, saya menerima berita kematian daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Beruntungnya mereka kerana dapat bertemu Pencipta pada bulan yang mulia.
Apa perlu kita lakukan adalah membuat persediaan bagi menghadapi kematian yang pasti itu. Lazimnya apabila kematian berlaku kepada ahli keluarga, kita menangis dan berdukacita. Kematian bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu, namun mati itu pasti.
Mungkin benar, hubungan yang biasa dilakukan seperti berbual dan meluangkan masa bersama tidak dapat lagi dilakukan, namun hubungan tersebut masih boleh dijalinkan dalam bentuk berlainan.
Misalnya, menguruskan penyempurnaan jenazah lebih diutamakan ahli waris yang menguruskannya. Ia adalah khidmat terakhir kepada si mati. Kita tidak sepatutnya mengharapkan orang lain menguruskan jenazah orang tersayang tetapi menguruskannya sendiri.
Sering kita lihat ahli waris lebih melayan tetamu yang hadir berbanding menyiapkan jenazah bagi pengebumian. Malah, lebih menyedihkan harta yang ditinggalkan gemulah digunakan untuk menjamu tetamu.
Tanpa sedar sebenarnya mereka telah memakan harta anak-anak yatim sekiranya gemulah meninggalkan anak-anak kecil. Hukum memakan harta anak yatim adalah haram.
Memang benar setelah dikebumikan, si mati akan ditinggalkan di dalam kuburnya berseorangan. Tiada lagi harta, saudara-mara dan pangkat menemaninya.
Anak-anak yang soleh masih lagi boleh berhubung dengan si mati dengan menitipkan doa kebaikan buat ayah bonda yang telah meninggal dunia. Hubungan itu berterusan walaupun sesudah kematian leluhur mereka.
Amal jariah si mati juga boleh diteruskan agar pahalanya dapat dinikmati oleh si mati yang sudah tidak lagi berupaya melakukan kebajikan.
Hanya tiga perkara dapat memberikan ganjaran kepada si mati iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakannya. Ahli waris perlu memastikan tiga perkara tersebut berterusan untuk diambil manfaatnya oleh si mati.
Dalam konteks ini, sebenarnya terdapat pelbagai ‘ruang perhubungan’ antara si mati dan ahli waris walaupun mereka tidak dapat berkomunikasi secara langsung. Ruang tersebut perlu dilaksanakan dengan baik sekiranya ahli waris benar-benar sayang kepada si mati.
Bukanlah kasih sayang tersebut diukur daripada berapa banyaknya air mata yang mengalir tetapi ganjaran yang dapat diberikan bagi meringankan beban si mati di alam barzakh.
Parameter sebenar yang dinilai oleh ALLAH SWT ialah bagaimana kita dapat membantu si mati meningkatkan pahala dan amalan mereka. Oleh itu, apabila berlaku kematian, kita harus sedar bahawa dalam kedukaan itu, terselit pelbagai pengajaran dan tindakan yang perlu diambil.
Manifestasi sayangnya kita kepada si mati bolehlah dizahirkan melalui tindakan kita selepas kematian tersebut. Yang penting, kita sama-sama melakukan sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada si mati.
Pada masa sama, melihat kepada isu pengurusan harta si mati, ahli keluarga si mati hendaklah memastikan dan membuat semakan berkaitan keber hutangan si mati, hak orang lain di atas harta si mati dan membuat semakan di agensi tertentu seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Haji, syarikat takaful/insurans dan mana-mana pihak berkaitan.
Ia bagi memastikan aset sebenar si mati dan bagaimana dapat menguruskannya dengan cara yang terbaik.
Ahli waris wajib melunaskan hutang si mati sekiranya ada. Tanggungjawab menyelesaikan urusan di dunia hendaklah diselesaikan oleh ahli waris.
Jagalah hubungan kita dengan saudara-mara kita semasa mereka masih hidup, malah sesudah mereka meninggal dunia pun teruskanlah ‘hubungan’ tersebut dengan perkara-perkara yang bermanfaat kepada si mati.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
- Putera Mateen Lengkap Berbaju Melayu Di Masjid Nabawi (Video)
- Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila
- Lelaki mengamuk kena reject masa ngorat bini orang [VIDEO]
- Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
- Shila Amzah nafi bini muda ND Lala, Siti Munirah rakan baiknya
- Pelakon High Council, Mierul Aiman teruk dikecam gara-gara vape depan peminat
- Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah
- Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.