Tindakan Sanusi main wayang berlebihan akan jadi senjata makan tuan

SHAH ALAM – Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bermain ‘wayang’ secara berlebihan bakal menyusahkan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Ketua Srikandi Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Armisah Abd Garan berkata, perbuatan sedemikian hanya untuk mengalih tumpuan kegagalan beliau dalam mentadbir kerajaan negeri.

 



“Muhammad Sanusi dilihat terlalu berdrama tentang hubungannya dengan kerajaan Persekutuan selain sering melemparkan fitnah seolah beliau ditindas kerajaan pusat.

“Saya berpandangan drama yang beliau cuba mainkan sekadar bahan konten TikTok untuk kegunaan pejuang maya mereka.

“Malah boleh dilihat kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini hanyalah sindiran tanpa isi dan fakta,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa terdapat usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai menteri besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.



Pada Mac lepas, Muhammad Sanusi memaklumkan terdapat arahan bertulis daripada kabinet yang melarang kehadiran beliau dalam sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Sementara itu, Armisah berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri pada Sabtu telah menyambut serta mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang program beliau di Terengganu.

Menurutnya, dalam hantaran di laman rasmi Facebook Ahmad Samsuri, beliau berkata, hubungan kerajaan Terengganu dan kerajaan Persekutuan semakin erat selain kehadiran Perdana Menteri menunjukkan gambaran komitmen semangat hubungan pro-aktif antara kedua kerajaan berkenaan.

“Tidak terkecuali juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang hadir sendiri bertemu Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.



Bagaimanapun, Armisah mendakwa sehingga kini Muhammad Sanusi masih mencipta propaganda bahawa beliau dianiaya termasuk tuduhan menggugurkan beliau dari Majlis Kewangan Negara.

Tambahnya, walaupun mengikut Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan hanya Sultan Kedah boleh menggugurkan beliau.

Justeru, Armisah turut mendakwa tuduhan daripada Muhammad Sanusi seolah merendahkan kreadibiliti dan martabat Sultan Kedah malah lebih teruk menteri besar itu tidak mampu menunjukkan bukti bahawa beliau cuba disingkirkan melainkan hanya tuduhan tanpa asas.

“Tindakan ini jelas memperlekeh kuasa Sultan dan raja dalam membuat keputusan,” ujarnya.



Jelas Armisah, keceluparan Muhammad Sanusi juga kurang disenangi ramai penyokong PN selain mereka melihat perangai beliau sangat memalukan sebagai seorang yang berstatus menteri besar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker