Minneapolis bandar pertama di AS benarkan laungan azan 5 waktu

Minneapolis bandar pertama di AS benarkan laungan azan 5 waktu

Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu dengan menggunakan alat pembesar suara.

Lapor akhbar Star Tribune, Majlis Perbandaran Minneapolis mengundi sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan semasa mengenai bunyi.

Pengundian pengundian itu dilakukan pada Khamis lalu.

Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota, Jaylani Hussein menyambut baik keputusan pengundian itu.

Menurut beliau, langkah itu menunjukkan contoh hebat kepada dunia bahawa `negara diasaskan atas kebebasan beragama menepati janjinya.’

Keputusan itu tidak mendapat tentangan daripada mana-mana komuniti.

Dilaporkan, Datuk Bandar, Jacob Frey dijangka menandatangani usul berkenaan.

Tahun lalu, majlis perbandaran membenarkan masjid melaungkan azan menggunakan alat pembesar suara sepanjang tahun tanpa sebarang permit.

Rang undang-undang (RUU) yang diusulkan oleh ahli majlis, Jamal Osman mendapat kelulusan majlis perbandaran.

Berdasarkan RUU itu, masjid di bandar berkenaan dibenarkan melaungkan azan antara pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang tahun tanpa perlu mendapatkan permit.

Sebelum ini, majlis perbandaran bekerjasama dengan masjid Dar Al-Hijrah untuk membenarkan azan dilaungkan lima waktu setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Utusan

Minneapolis bandar pertama di AS benarkan laungan azan 5 waktu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker