Helikopter tentera Jepun hilang: Lima mayat ditemui di Okinawa

 

MOSCOW – Lima mayat dan beberapa lagi serpihan helikopter tentera Jepun UH-60JA yang hilang minggu lalu ditemukan pada kedalaman 106 meter (348 kaki) di perairan wilayah Okinawa pada Ahad, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah penumpang yang menaiki helikopter berkenaan, menurut Agensi Berita Kyodo, memetik pihak berkuasa pertahanan.

Usaha sedang dijalankan untuk membawa mayat ke permukaan.

Helikopter itu berlepas dari pangkalan Miyakojima di Pulau Miyako pada 15:46 (06:46 GMT) Khamis lalu dan sepatutnya kembali ke pangkalan sama pada 17:05, sebelum ia hilang daripada radar.

Misi mencari dan menyelamat 24 jam yang melibatkan kapal selam khas, pesawat dan bot peronda itu turut menemukan dua rakit penyelamat dan beberapa baki serpihan badan pesawat.

Pesawat itu membawa 10 penumpang, lapan daripadanya terdiri pegawai berpangkat tinggi termasuk komander divisyen kelapan tentera Jepun, Yuichi Sakamoto, yang dilantik memegang jawatan itu pada 31 Mac.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker