Tak perlu layan Khairy

Tak perlu layan Khairy

IPOH: Tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengkritik parti selepas dipecat tidak perlu dilayan.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin berkata, tindakan melayan kritikan bekas pemimpin atau orang luar daripada UMNO tidak akan menguntungkan parti.



Menurutnya, apatah lagi ketika ini Pemuda UMNO Perak mahu fokus bekerja untuk pastikan orang muda kembali bersama parti itu.

“Semasa menjadi pemimpin Pemuda dahulu memang kita bersama beliau (Khairy Jamaluddin) tapi sekarang ini bab komen (kritikan) tentang UMNO itu, kami Pemuda UMNO Perak letak tepi.

“Sebabnya sekarang fokus utama kami adalah untuk pastikan anak muda bersama dengan UMNO, kita tak mahu kritikan di luar ini yang merosakkan UMNO

“Kalau kita fokus kepada KJ (Khairy Jamaluddin) atau mana-mana pemimpin yang sudah keluar dari UMNO memang gerak kerja tak akan jadi. Mungkin dia ada cara dia dan Pemuda Perak pun ada cara kita.



“KJ mungkin dia nak pastikan orang sentiasa ingat pada dia,” katanya kepada pemberita pada program Singgah Sahur Pemuda UMNO Perak di sini semalam.

Sementara itu, Nazirul berkata, Pemuda UMNO Perak sedang merangka usaha untuk memperkuatkan semua sayap itu di peringkat bahagian dan cawangan di seluruh negeri.

Katanya, beberapa program dirancang untuk mendekati golongan muda serta mahasiswa dalam usaha menarik minat mereka terhadap parti.

“Kita mahu anak muda di negeri ini bersama-sama dengan kita dan kita akan gunakan pelbagai saluran yang ada untuk bersama anak muda.



“Saya yakin usaha ini mampu dicapai di sebalik penampilan 90 peratus muka baharu ketua-ketua pemuda UMNO Bahagian yang memenangi pemilihan baru-baru ini,” katanya. Utusan

Tak perlu layan Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker