Penahanan pegawai kanan Sivakumar keputusan SPRM – Anwar

Penahanan pegawai kanan Sivakumar keputusan SPRM – Anwar

PENAHANAN beberapa pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan keputusan badan itu sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau hanya meminta SPRM untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja sekiranya mempunyai asas untuk berbuat demikian.



“Jangan kita mendahului daripada segi menjangka apa-apa yang lain kerana saya tidak ada pemakluman selain daripada dimaklum tentang penahanan (jika) tak salah tiga orang pegawai di kementerian (sumber manusia),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Pulau Pinang hari ini.

Media melaporkan pegawai kanan kepada V Sivakumar ditahan SPRM dalam serbuan di kementerian itu pagi semalam sementara seorang lagi pegawai kanan kepada menteri berkenaan ditahan hari ini bagi membantu siasatan.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek telah menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan. Utv



Penahanan pegawai kanan Sivakumar keputusan SPRM – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker