Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.



Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.



* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?

Contohnya;



Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua puluh embilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :

Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

ALLAH سبحانه وتعالى berfirman,

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)



Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” (Muttafaqun alaih)

Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH سبحانه وتعالى, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.

Dengan tegas Rasulullah SAW bersabda:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi ﷺ sabdanya: “Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah سبحانه وتعالى , nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a.).

Tanda Malam Al-Qadar

Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker