Ceroboh rumah ibu saudara, guru ‘berhari raya’ di penjara
Ceroboh rumah ibu saudara, guru ‘berhari raya’ di penjara
PUTRAJAYA: Seorang guru terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya mendapatkan kebenaran merayu terhadap hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan menceroboh rumah ibu saudaranya.
Panel tiga hakim terdiri Hanipah Farikullah, Hadhariah Syed Ismail dan Azman Abdullah, menolak permohonan Mohamad Hassan@Malek, 43, memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.
Mohamad sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 sementara selesai permohonan rayuan.
Dia didenda RM3,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 24 Ogos tahun lalu atas kesalahan itu.
Selain itu, dia juga diperintahkan membayar RM500 sebagai kos pendakwaan, jika gagal, dipenjara tiga hari. Dia membayar denda dan kos tersebut.
Pihak pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap hukuman itu yang dikatakan tidak memadai, manakala Mohamad tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap sabitan atau hukumannya.
Pada 31 Jan lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap lelaki itu. Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda RM3,500 dan kos pendakwaan.
Mohamad kemudian memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan memohon kebenaran merayu terhadap hukumannya itu.
Mengikut undang-undang, Mohamad perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan rayuan kerana kesnya bermula di Mahkamah Majistret.
Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dengan memasuki rumah Suhaida Sulaiman yang juga jirannya di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor pada 4.30 pagi, 12 Feb 2019.
Mengikut fakta kes, dia memasuki bilik Suhaida dan menutup mulut wanita itu dengan tangannya. Anak perempuan wanita itu yang berusia 10 tahun yang sedang tidur dengan ibunya menjerit menyebabkan Mohamad melarikan diri dari tempat kejadian.
Mohamad diwakili peguam Maidzatul Akmal Daud manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mewakili pendakwaan. FMT
Ceroboh rumah ibu saudara, guru ‘berhari raya’ di penjara
Baca Artikel Menarik:
- SPRM tahan pegawai kanan menteri sumber manusia
- Bekas setpol didakwa terima suapan lebih RM400,000
- Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim [VIDEO]
- Iqram Dinzly ajak berzina di dalam masjid
- Shuib Umum Nikah Watie Jun Ini
- Baju cerai Puteri Sarah lagi cantik dari baju nikah Ira Kazar
- Lakon Babak Ranjang Depan Kamera, Pelakon Wanita Ini Kongsi Pengalaman
- Suami Naz Zainal ingatkan tentang Padang Mahsyar
- Lelaki mengamuk halang jemaah solat tarawih ( Video)
- Shahidan ganti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang?
- Ibu tak fail cerai – Syada Amzah
- Ibu dalam pantang maut kesan tikaman di leher di Bachok
- Alicia diminta nikah semula dengan bekas suami
- Momen Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Duduk Sebelah [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek