Anak mati dalam lokap, bapa saman kerajaan

Anak mati dalam lokap, bapa saman kerajaan

Seorang bapa memfailkan saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan susulan kematian anak lelakinya berusia 30 tahun dalam lokap polis di Bentong, Pahang, tiga tahun lalu.

A Ganaprakasam, 64, turut memfailkan tindakan “tort of misfeasance” terhadap polis ke atas kematian G Jestus Kevin.



Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, minggu lalu, Ganaprakasam yang juga pentadbir harta anaknya, turut menuntut ganti rugi kecuaian, salah laku dalam jawatan awam, pelanggaran kewajipan berkanun, dan serangan serta pergaduhan.

Dia juga menuntut defendan membayar pampasan kepadanya kerana kehilangan punca pendapatan dan sokongan susulan kematian Kevin, seorang pekerja am.

Plaintif menamakan 13 anggota polis, ketua polis Bentong, ketua polis negara, dan kerajaan sebagai defendan.

Dia juga menamakan dua tahanan, Shaiful Zakaria dan Azril Yusof, yang dikatakan menjadi penyebab kematian anak lelakinya itu.



Ganaprakasam mahu kerajaan bertanggungjawab atas perbuatan dan tingkah laku anggota polis berkenaan.

Kevin ditahan atas dakwaan mencuri pada 2 April 2020, bersama seorang lagi suspek, M Pathmarajah.

Sehari kemudian, polis mendapatkan reman selama empat hari bagi menjalankan siasatan.

Kevin dikatakan menjadi tidak keruan sekitar 9 malam, dua hari selepas penahanannya, ketika berada dalam sel lokapnya.



Dia kemudian dipindah dari sel tahanan dan ditempatkan di sel dihuni Shaiful dan Azril, kata Ganaprakasam.

Dalam penyataan tuntutan, difailkan Tetuan Saibullah MV Nathan & Co, plaintif berkata, anaknya diserang dua tahanan terbabit dengan menerima galakan daripada anggota polis bertugas pada malam itu.

“Mereka menyumbat mulutnya (dan) mengikat kedua tangan dan kakinya sebelum menyerang Kevin,” kata Ganaprakasam.

Laporan post-mortem mendedahkan Kevin meninggal dunia akibat trauma pukulan objek tumpul, kardiomiopati (otot jantung mengembang), dan steatosis hati.



Koperal Noor Hezreen Arif dan Fairus Azni, dua defendan ketika bertugas, menghubungi ambulans kira-kira 12.50 malam, pada 5 April, namun paramedik merawat Kevin berkata, dia sudah meninggal dunia.

Ganaprakasam berkata, defendan sepatutnya bertanggungjawab menjaga anaknya ketika berada dalam penjagaan dan kawalan.

Dia berkata, defendan melanggar kewajipan berkanun, cuai, dan melakukan salah laku dalam jawatan awam.

Ganaprakasam berkata, dia bergantung pada dapatan inkues sedang berjalan dan laporan Suhakam bagi pembuktian kesnya terhadap defendan.



Plaintif berkata, dia juga akan bergantung kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan keputusan forensik. FMT

Anak mati dalam lokap, bapa saman kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker