Palace of The Golden Horses bakal ditransformasi jadi hab perubatan

Palace of The Golden Horses bakal ditransformasi jadi hab perubatan

SERDANG: Pemaju hartanah, Country Heights Holdings Bhd (Country Heights) merancang untuk mentransformasikan hotel empat bintang miliknya, Palace of The Golden Horses menjadi hab perubatan.

Pengasas dan pemegang saham utamanya, Tan Sri Lee Kim Yew, berkata pendapatan yang mampu diraih daripada sektor perubatan adalah lebih tinggi daripada perhotelan.



Katanya, di Thailand terdapat syarikat yang memiliki dan menguruskan Hospital Antarabangsa Bumrungrad, yang mana pendapatan diperolehinya mampu menyamai pendapatan daripada lima hotel.

“Jadi, Country Heights mempunyai aset yang amat baik iaitu hotel Palace of The Golden Horses dan mahu mengubahnya menjadi pusat perubatan. Bukan sekadar tempat untuk merawat, tetapi juga untuk mencegah dan rehabilitasi.

“Saya percaya ini boleh dilakukan tetapi semuanya perlu dikendalikan oleh pengurusan profesional. Ketika ini syarikat sedang melaksanakan proses pengubahan, penstrukturan dan sedang membawa masuk teknologi, doktor dan sebagainya.

“Sekarang ini kami sudah berjaya menjadi pusat pemeriksaan perubatan dengan keahlian lebih 40,000 orang dan merancang untuk meningkatkannya kepada 100,000 ahli,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Country Heights membina hotel berkenaan pada 1990-an bersama-sama dengan hartanah lain seperti Mines Wellness Hotel, The Mines Shopping Mall, dan Mines Exhibition & Convention Centre, untuk tujuan rekreasi dan pelancongan.

Hotel bertaraf empat bintang itu ditutup sebahagiannya pada 2020 untuk tujuan pengubahsuaian besar-besaran dan dibuka semula pada 1 Januari 2021.

Mengulas lanjut Kim Yew berkata, tujuan syarikat itu mahu menceburi sektor perubatan pelancongan ialah kerana ia kini sedang menjadi trend di seluruh dunia terutamanya selepas Covid-19.

“Selepas COVID-19, ramai orang mencari produk gaya hidup,” katanya.



Ditanya mengenai jumlah simpanan tanah syarikat itu, Kim Yew berkata, Country Heights masih mempunyai jumlah simpanan tanah yang banyak.

Country Heights dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelantikan Datuk Mircle Yap Ching Chai sebagai Pengarah Urusan baharunya.

Mircle ialah bekas pengarah bebas dalam lembaga pengarah syarikat, dan dengan jawatan baharu itu, beliau kini bertanggungjawab mengetuai pertumbuhan dan pembangunan strategik syarikat. BH

Palace of The Golden Horses bakal ditransformasi jadi hab perubatan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker