Kena keras sikit – Chong Wei

Kena keras sikit – Chong Wei

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau akan menggunakan pendekatan lebih keras kepada barisan atlet selepas dilantik sebagai pengurus pasukan badminton ‘Road to Gold’ (RTG), kelmarin.

Ia perlu dilakukan supaya atlet mampu menjadi lebih kuat dan tidak terlalu manja.



Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, beliau perlu menggunakan pendekatan berbeza untuk mendekati atlet kerana mentaliti atlet sekarang ini tidak sama seperti ketika beliau bergelar atlet, satu ketika dulu.

“Sekarang saya sudah jadi pegawai pasukan, jadi perlu ubah pendekatan, tetapi kita tidak boleh manja sangat, perlu keras sikit. Jika terlalu manja, nanti mereka fikir kita perlukan dia, bukannya dia perlukan kita.

“Sebab sekarang memang tak sama macam zaman saya dulu. Paling susah sekarang adalah jurulatih. Apa saja nak buat perlu bincang dengan pemain dulu.

“Tapi kalau dulu, jurulatih tak ada bincang dengan saya. Saya mesti ikut kata mereka. Mahu berlatih kami berlatih tak mahu balik rumah. Memang sangat susah dan mencabar terutama dengan persekitaran yang berbeza,” katanya.



Pemenang tiga pingat perak Olimpik itu mengakui, barisan kejurulatihan berdepan tugas getir untuk mempersiapkan skuad negara menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.

Chong Wei berkata, beliau bersedia untuk menabur segala pengalaman yang ada untuk membantu pasukan negara merealisasikan emas pertama di temasya terbesar itu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemain untuk mengutamakan disiplin sekiranya mahu bergelar pemain terbaik dunia.

“Satu dunia sudah tahu apa yang diperlukan untuk memiliki mentaliti kelas dunia iaitu disiplin. Saya boleh cakap pemain ternama tanpa disiplin tidak akan menjadi pemain terbaik, jadi semua pemain perlu menjaga disiplin dan sikap masing-masing.



“Tempoh masa sebagai atlet sangat pendek, jadi mereka perlu menjaga banyak perkara termasuk waktu rehat dan tidur. Kalau sudah bersara seperti saya, tak mahu tidur pun tidak mengapa kerana tiada orang peduli,” ujarnya.

Kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan melantik Chong Wei sebagai pengurus pasukan badminton RTG atas kapasiti pengalaman serta pengetahuan yang dimiliki ketika bergelar pemain. HM

Kena keras sikit – Chong Wei

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek



Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker