Tidur nyenyak punya pasal, lelaki tak perasan tertelan ‘earphone’

Seorang lelaki di China terkejut apabila menyedari dia tertelan fon telinga tanpa wayar selepas bangun dari tidur, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki yang dikenali dengan nama samaran Xiaoyong itu berkata, dia menyedari salah satu fon telinganya hilang selepas bangun tidur sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) untuk ke tandas pada 6 April lalu.

Xiaoyong kemudian memainkan muzik yang disambungkan ke fon telinga itu untuk mencarinya tetapi terkejut apabila mendengar bunyi dari dalam badannya.



Dia kemudian mendapati telah tertelan fon telinga itu ketika tidur.

Selepas perjalanan pantas ke hospital pada kira-kira pukul 4 pagi, sangkaan Xiaoyong disahkan melalui imbasan x-ray yang mendapati fon telinga itu berada di dalam perutnya.

Semasa menunggu di hospital, Xiaoyong mendokumentasikan aduan peliknya itu. Dia memainkan muzik menerusi fon telinganya kepada pengikutnya dalam talian.

Lagu popular yang biasa didengari pada aplikasi Douyin boleh didengari dari dalam badan lelaki tersebut.



Menurut Xiaoyong, doktor memberinya beberapa ubat untuk membolehkan ususnya dikosongkan.

Sekiranya tidak berjalan seperti yang dirancang, Xiaoyong perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alat itu dari ususnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker