Tiada masalah antara saya dan timbalan – Bung
Ketua Umno Sabah itu berkata, walaupun pada luarannya nampak ada pertelagahan antara beliau dan Abdul Rahman Dahlan, tetapi ia perkara biasa dalam politik.
Tiada masalah antara saya dan timbalan – Bung
Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin melihat gandingannya dengan timbalannya, Abdul Rahman Dahlan mampu mengukuhkan parti itu di Sabah.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, walaupun pada luarannya nampak ada pertelagahan antara beliau dan Rahman, tetapi ia perkara biasa dalam politik kerana yang penting mereka berdua mahu membawa Umno Sabah ke tahap lebih tinggi.
Katanya, beliau gembira bekerjasama dengan Rahman yang mempunyai pengalaman luas dalam politik untuk menyumbang kepada pembangunan parti itu di peringkat negeri.
“Dia (Rahman) selalu dihentam orang dan saya pun selalu kena hentam, jadi saya bersedia menyatakan mungkin Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) melihat perlu ada kecantuman (gandingan) untuk memimpin Umno Sabah ini dan saya menyahut cabaran itu,” katanya menurut Bernama.
Rahman mengambil alih jawatan timbalan ketua Umno Sabah daripada Adun Karambunai, Yakuba Khan yang dilantik mengetuai sekretariat kerajaan perpaduan Sabah parti itu.
Bung mengetuai Umno Sabah pada 2019, selepas Hajiji Noor keluar Umno pada Disember 2018.
Sebelum ini, Rahman menggesa Zahid mempertimbangkan keputusannya membenarkan Bung mengetuai Barisan Nasional dan Umno pada PRN Sabah September 2020 disebabkan kes mahkamah yang belum selesai.
Persediaan PRN dan PRU
Bung meminta ahli Umno bersedia, bertindak aktif serta agresif mempertahankan pemimpin parti apabila diserang parti lawan, khususnya di media sosial.
Beliau berkata, pasukan siber akan diwujudkan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) Umno untuk memberi impak lebih tinggi dalam membantu kekuatan parti itu.
“Realitinya, gambaran politik ketika ini berubah daripada landskap politik biasa, dengan setiap parti perlu merungkai dan mencari pendekatan baharu untuk memastikan parti itu sentiasa relevan dalam berdepan pilihan raya.”
Bung mengakui kelemahan Umno dalam memenangi banyak kerusi pada PRU dan PRN lalu kerana budaya parti itu, dengan kebanyakan ahlinya tidak memainkan peranan menghalang kritikan dan membela pemimpin melalui media sosial.
“Bahkan mereka terikut-ikut dengan rentak pembangkang (contohnya) apabila sebuah blog menyiarkan bermacam-macam, orang Umno sendiri pula ‘discredit’ atau memburukkan pemimpin dia (sendiri).” FMT
Tiada masalah antara saya dan timbalan – Bung
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.