Tempahan Proton X90 mula dibuka
Tempahan Proton X90 mula dibuka
Proton Holdings Bhd (Proton) mula membuka tempahan bagi model serba baharu X90 sejak 8 April lalu di semua cawangan 3S/4S Proton.
Proton dalam kenyataan berkata, X90 adalah kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu dan kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga dalam senarai model siri-X.
“Beberapa sesi previu eksklusif sebelum pelancaran rasmi telah meningkatkan kesedaran awam mengenai Proton X90 dalam pasaran Malaysia dengan membenarkan prospek untuk ‘melihat dan merasai dengan lebih dekat’ kereta sebenar,” katanya.
Lokasi previu Proton X90 adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 8 dan 9 April lalu, Johor dan Pahang pada 15 dan 16 April ini serta Sabah dan Sarawak pada dua hari terakhir bulan ini.
Proton X90, SUV segmen-D menawarkan empat varian, iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium) dengan tawaran enam warna.
Dari aspek rekaan, ia bukan sahaja premium malah menampilkan pendekatan tanpa sempadan yang dihasilkan Proton.
Proton X90 juga tampil dengan rekaan moden dan mewah iaitu fokus kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.
Tempat duduk ditampilkan dengan material lembut untuk pemanduan yang selesa khususnya bagi perjalanan jarak jauh.
Konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk juga menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.
But belakang pula ditawarkan lebih luas dengan kapasiti 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.
Dari aspek trenkuasa, Proton X90 menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.
Dengan teknologi baharu mild-hybrid, Proton mendedahkan ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.
Model ini sudah melalui ujian sejauh 1.2 juta kilometer di jalan raya Malaysia membabitkan 96,000 jam ujian yang dilaksanakan manusia.
Lebih menarik, Proton turut mengambil beberapa pendekatan bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama Proton dihasilkan di Malaysia, sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.
Tarikh pelancaran dan harga Proton X90 akan diumumkan tidak lama lagi. HM
Tempahan Proton X90 mula dibuka
Baca Artikel Menarik:
- Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun
- MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam
- Farid Kamil tidak mahu bercerai, kemuka tawaran baru untuk pujuk Diana
- Kementerian Pendidikan umum cuti sekolah khas 19 April sempena Aidilfitri
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Imam ditikam ketika solat subuh
- Ibu Syamsul luah kesedihan
- Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun hampir selesai
- Najmil mohon maaf kepada Hannah
- Askar hilang di Hutan Simpan Belum
- Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
- Imej hantu budak dalam jengkaut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan
You must be logged in to post a comment.