Pengalaman Raya Ni Rupanya Hanya Ada Di Malaysia Je

Pengalaman Raya Ni Rupanya Hanya Ada Di Malaysia Je

Hari Raya yang disambut pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam setiap tahun ni merupakan perayaan yang disambut di seluruh dunia. Betul, disambut di seluruh dunia dan pada tarikh yang sama. Perayaan ini di sambut setelah sebulan kita berpuasa!

Pada hari ni lah semua orang akan bersiap cantik-cantik handsome-handsome, berpakaian serba baru tau! Tapi walaupun di sambut di seluruh dunia, korang tau tak ada perkara yang sebenarnya orang Malaysia je buat?

Tak percaya? Jom baca sampai habis!

Main bunga api & mercun!

Admin pernah tanya kawan-kawan admin dari negara jiran, dekat tempat diorang takde ke orang main mercun, meriam dan sebagainya ni? Mereka pelik guys! Rupanya tak banyak negara yang main mercun macam kita ni!

Takbir rumah ke rumah

Mungkin tidak di bandar tapi kalau korang nak tahu, dekat kampung-kampung malam raya tu orang-orang kampung akan berkumpul untuk mula takbir dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Feeling dia tu memang tak boleh digambarkan lah!

Best dan syahdu sangat.

Tak sabar tunggu iklan dan drama baru hari raya!

Tiap-tiap tahun, antara yang paling orang Malaysia tunggu mesti drama dan iklan raya. Kebanyakkan syarikat juga berlumba-lumba untuk keluarkan iklan dan movie raya yang paling best!

Balik kampung tetap naik kereta walaupun stuck berjam-jam dekat highway!

Berjam-jam tu bukan 2 jam tau, tapi pernah 10-13 jam atas highway! Tapi tetap tak mahu naik flight sebab rasa excited tu lain beb. Lagi-lagi masa bawak kereta tu bukak lagu arwah Sudirman- Balik Kampung! Memang 13 jam tak rasa lah!

Wajib sediakan air panas dan air sejuk untuk tetamu datang beraya!

Biasanya mak-mak mesti akan suruh buat dua air. Air sejuk dan berais untuk kanak-kanak dan air panas pula untuk orang dewasa. Air panas yang paling famous mestilah air kopi! Kasi tetamu kita kekal bertenaga untuk beraya! Lepas minum kopi, 10 rumah lagi pun boleh!

Ha tapi, masa tempoh hari raya ni, tetamu selalu datang mengejut! Mesti korang nak cari cara untuk bancuh air kopi dengan cepat kan?

Pengalaman Raya Ni Rupanya Hanya Ada Di Malaysia Je

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker