Mane sumbang kampit beras kepada penduduk kampung
Mane sumbang kampit beras kepada penduduk kampung
DAKAR: Sempena Ramadan kali ini, bintang Bayern Munich, Sadio Mane meneruskan sikap pemurah dengan menyumbang ratusan kampit beras kepada penduduk kampungnya di Bambali.
Ia adalah antara sebahagian usahanya bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat menjalani ibadah itu dengan lebih sempurna, dengan pemain terkenal itu menyumbang beras kepada setiap isi rumah.
Dalam foto yang tersebar di media sosial, wakil bekas bintang Liverpool itu memantau proses pengagihan bagi memastikan ia berjalan lancar dan setiap penduduk di kampung Mane mendapat jumlah bantuan yang sama.
Mane baru-baru ini kembali pulih daripada kecederaan dan berharap dapat menamatkan kempen dengan cemerlang ketika gergasi Jerman itu masih meneruskan cabaran dalam memburu kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-Juara.
Kecederaan itu menyaksikan tonggak Senegal terbabit terpaksa melupakan Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Singa Teranga mara ke pusingan 16.
Bagaimanapun, dia kembali beraksi di peringkat antarabangsa minggu lalu apabila membantu juara Afrika mara ke Piala Negara-Negara dengan menewaskan Mozambique. BH
Mane sumbang kampit beras kepada penduduk kampung
Baca Artikel Menarik:
- Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun
- MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam
- Farid Kamil tidak mahu bercerai, kemuka tawaran baru untuk pujuk Diana
- Kementerian Pendidikan umum cuti sekolah khas 19 April sempena Aidilfitri
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Imam ditikam ketika solat subuh
- Ibu Syamsul luah kesedihan
- Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun hampir selesai
- Najmil mohon maaf kepada Hannah
- Askar hilang di Hutan Simpan Belum
- Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
- Imej hantu budak dalam jengkaut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan