Buktikan kami terima RM100,000 daripada Ebit Lew
Ko Htut bersama isteri menafikan dakwaan menerima RM100,000 daripada Ebit Lew.
Buktikan kami terima RM100,000 daripada Ebit Lew
MUAR: Keluarga empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor di sini, menafikan khabar angin kononnya mereka kini hidup senang dan kaya selepas dibantu pendakwah Ebit Lew.
Ini berikutan ada tuduhan dibuat terhadap pasangan suami isteri itu kononnya mereka mendapat RM100,000 daripada pendakwah terkenal itu.
Bapa kepada empat kanak-kanak malang itu, Tien Ko Htut, 31, mengakui dia sendiri ada mendengar khabar angin mengatakan keluarganya ada menerima sumbangan daripada pendakwah terbabit, namun menegaskan perkara itu tidak pernah berlaku.
Justeru, pekerja kedai makan itu meminta pihak yang membuat dakwaan itu menampilkan bukti, malah dia dan isteri, Nabila Sedu, 30, sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
“Ada tuduhan yang dibuat terhadap saya dan isteri kononnya sudah kaya (dan) ada dapat RM100,000 daripada pendakwah terkenal dan terus simpan di bank.
“Saya tak terima wang seperti didakwa…kalau ada pihak yang boleh buktikan, tunjukkanlah bukti. Nak cakap (terima duit sebanyak itu) senang,” katanya ketika ditemui di kediaman dihuninya, di sini, malam tadi.
Ebit sebelum ini berkongsi di media sosial foto dan keterangan mengenai tindakannya menziarahi keluarga terbabit ketika majlis pengebumian empat beradik itu di sini, pada 30 Mac lalu.
Justeru, Ko Htut percaya khabar angin tersebar itu mungkin mempunyai kaitan dengan lawatan Ebit apatah lagi pendakwah terbabit dikenali sebagai seorang yang suka menderma.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam 30 Mac lalu, empat beradik berusia empat hingga lapan tahun dijumpai terbaring dalam bilik air selepas rumah didiami mereka terbakar.
Ketika kejadian, hanya empat beradik itu berada di rumah kerana ibu dan bapa mereka keluar sekejap untuk membeli barangan di pekan.
Sementara itu, Ko Htut mengakui kesal apabila pihak yang tidak mengenali mereka sanggup menabur fitnah terhadap keluarganya. BH
Buktikan kami terima RM100,000 daripada Ebit Lew
Baca Artikel Menarik:
- Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun
- MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam
- Farid Kamil tidak mahu bercerai, kemuka tawaran baru untuk pujuk Diana
- Kementerian Pendidikan umum cuti sekolah khas 19 April sempena Aidilfitri
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Imam ditikam ketika solat subuh
- Ibu Syamsul luah kesedihan
- Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun hampir selesai
- Najmil mohon maaf kepada Hannah
- Askar hilang di Hutan Simpan Belum
- Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
- Imej hantu budak dalam jengkaut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan