Lukisan terakhir anak, petanda ‘pergi selamanya’
PETALING JAYA – Seorang ibu yang kematian anak lelaki memuat naik gambar hasil lukisan kanak-kanak tersebut memperlihatkan seolah-olah memakai kain kafan, sekali gus seperti petanda dia ‘pergi selamanya’.
Menerusi Facebook Wunny Amir, wanita tersebut memuat naik beberapa hantaran meluahkan kerinduan terhadap anak lelakinya dikenali sebagai Aydan Hadiff yang meninggal dunia, baru-baru ini.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut maut dalam satu kemalangan melibatkan mereka sekeluarga ketika hendak pergi menunaikan solat tarawih di masjid, dengan Wunny dikatakan mengalami cedera ringan dan suaminya patah kaki.
Berkongsi kisahnya, wanita itu menceritakan anaknya pernah menunjukkan hasil lukisan memperlihatkan mereka tiga beranak dengan nada penuh keceriaan.
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengan tidur,” kata kanak-kanak tersebut berdasarkan perbualan dikongsikan Wunny.
Wanita itu turut memuji lukisan itu ‘comel’ selain bertanyakan Aydan Hadiff sedang tidur di lukisan tersebut, sebaliknya dia dan suami tidak tidur.
“Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah,” ujar kanak-kanak tersebut dan wanita itu bertanya lagi kedudukan Aydan Hadiff yang terlalu jauh serta bukan berada di tengah mereka.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut hanya ketawa dan Wunny turut mempersoalkan lukisan tersebut yang menunjukkan Aydan Hadiff tidak mempunyai kaki dan tangan.
“Mama ini yang macam bayi pakai tu mama. Aydan jadi bayi balik,” kata kanak-kanak itu sambil dinyatakan ibunya iaitu bedung.
“Allahu rupanya bukan kain bedung, tapi kain kafan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, ‘sebiji’ dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” kata wanita tersebut.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam bersuara lagi mengenai isu Aaron Aziz dengan Syamsul
- Rakam video pasangan kekasih beromen, ahli parlimen tampil mahu bela
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.