Zahid sahkan UMNO akan mengadap Agong untuk pengampunan Najib
MACHANG – UMNO mengesahkan parti itu sedang berusaha mencari tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan rayuan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu optimis tarikh menghadap tersebut akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Setakat ini… UMNO telah mengikuti semua prosedur perundangan yang sedia ada. Bila semua itu ikut prosedur maka akhirnya ialah Lembaga Pengampunan,” katanya selepas diminta mengulas mengenai rayuan pengampunan terhadap Najib di sini pada Ahad.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu.
Hadir sama ialah Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.
Menurut beliau, UMNO memang prihatin terhadap nasib bekas pemimpin tersebut.
“Apa UMNO lakukan ketika ini bukan desakan politik sebaliknya lebih kepada rayuan.
“Rayuan itu bukan sahaja dari Majlis Tertinggi namun melibatkan pemimpin akar umbi seluruh negara iaitu ketua-ketua bahagian, ketua pemuda, wanita dan puteri,” katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, MKT UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung pada Jumaat.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam bersuara lagi mengenai isu Aaron Aziz dengan Syamsul
- Rakam video pasangan kekasih beromen, ahli parlimen tampil mahu bela
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.