Tabung Haji sah gantung lesen Emraz Travel & Tours

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah.

TH dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah diberikan syarikat terbabit.

“Bakal haji memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH dilesenkan, termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.



“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH dilesenkan termasuk perkhidmatan diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya.

Terdahulu FMT melaporkan, kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat sebuah agensi umrah, haji dan pelancongan bagi menuntut semula bayaran dijelaskan susulan pihak agensi menangguhkan perjalanan mereka ke Tanah Suci.

Agensi syarikat pengendali terbabit menerusi kenyataan berkata, penangguhan trip tersebut disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.



Ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan Covid -19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya.

Menurut bakal jemaah yang terlibat, mereka mengesyaki wujud penipuan dalam pengurusan apabila bayaran balik dijanjikan kepadanya tidak dibuat mengikut tempoh dikatakan.

Malah ada yang mendakwa selepas membuat pembayaran penuh mereka langsung tidak mendapat maklumat mengenai rombongan itu malah apabila ditanya tiada maklum balas diterima.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker