Masih hisap Vape? Sedia untuk bayar cukai mulai hari ini

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.

Perkara itu dinyatakan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut notis warta kerajaan itu, duti baharu itu berkuat kuasa hari ini berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.

Sebelum ini, ketika perbentangan Bajet 2023, Anwar berkata, kerajaan akan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin di mana separuh daripada hasil akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.



Katanya, cecair atau gel nikotin berpotensi mendatangkan hasil kepada kerajaan yang dianggarkan bernilai RM2 bilion berikutan digunakan secara meluas dalam rokok elektronik dan vape.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tampalan, cecair dan gel nikotin bagi membantu menghentikan tabiat merokok dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Ia terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sedang dalam proses mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker